Memang dah banyak kali saya terserempak dengan beliau sekitar pejabat Public Mutual Bangsar, saya hanya mampu ucap Salam sahaja, nak mintak bergambar atau autograf saya segan. Saya tahu dia pun mungkin ada hal lain yang lebih penting. Selalunya memang dia nampak sangat serius.
Setiap kali saya terserempak beliau, selalu pakai baju dan seluar putih serta memakai sandal. Di bahu menyandang beg galas kecil. Sangat simple dan ringkas. Dia la Sasterawan Negara A Samad Said. Dari flat yang dihuninya itu, selalunya beliau berjalan kaki ke Stesen LRT Bangsar atau ke Stesen Bas atau Teksi untuk ke destinasi beliau. Respek dengan kehidupan beliau yang serba sederhana.
Hari ini saya tersentuh lagi melihat kelibat mereka, Pak Samad dan isteri. Di pintu masuk flat mereka, nampak seperti mahu menggunakan telefon awam di kawasan kediaman mereka tetapi gagal. Mungkin rosak. Lalu mereka berlalu berjalan menuju jalan besar.
Bukan tersentuh kerana simplenya hidup mereka, tetapi sedih kerana terasa diri sendiri sangat sayangkan keduniaan sedangkan sebenarnya ramai orang yang zuhud dan tak kisah pun pasal keduniaan.
Seorang yang pernah menjadi Sasterawan Negara, namun hidup dalam segala kesederhanaan. Masih lagi boleh tersenyum gembira dan masih sihat walafiat. MrJocko sendiri tak mampu kalau nak hidup se'simple' beliau.
Semoga A Samad Said akan sentiasa sihat seadanya dan terus berkarya untuk Malaysia dan dunia.