Andai anda masih mencari lokasi untuk berbuka puasa yang bertaraf 5 Bintang, selesa, banyak pilihan makanan terutamanya makanan bekonsepkan Tradisional Kampung apa kata anda singgah ke Tropicana Golf & Country Resort di Damansara. Di Tropicana Golf & Country Resort, mereka menyajikan promosi hidangan Buffet Ramadhan bertemakan 'Rasa Kampung' sempena Ramadhan 1434 Hijriah.
Di Buffet Ramadhan Rasa Kampung Tropicana Golf & Country Resort ini, mereka menyediakan lebih dari 200 menu hidangan sempena Buffet Ramadhan 2013. Menu Ramadhan Rasa Kampung di Tropicana ini termasuk menu masakan Melayu, Cina, India, Western, Jepun dan beberapa menu pilihan dari negara-negara lain.
Kalau anda ke sini jangan risau kerana mereka jamin, makanan akan disediakan sehingga anda puas hati. Kemudahan surau bagi Muslim dan juga ruang makan yang luas dan selesa. Anda tidak perlu bersusah payah bersesak kerana mereka menyediakan cukup ruang untuk semua tetamu yang datang.
Sememangnya ada banyak pilihan di sini termasuk menu masakan seperti ketupat dan lemang yang dihidangkan bersama rendang ayam dan daging. Tidak lupa juga pilihan kuih muih yang pelbagai, buahan yang beruluh jenis dan air minuman yang bermacam jenis. Anda mesti puas hati.
Dua menu ini menjadi pilihan MrJocko iaitu Nasi Kerabu dan juga Sup Gearbox. Memang terasa keaslian kampung walaupun kita menikmatinya di tengah bandar seperti di Tropicana Golf & Country Resort.
Semua pilihan menu yang sedap, menarik dan pelbagai ini hanya bernilai RM80++ untuk setiap dewasa. Harga Buffet Ramadhan di Tropicana Golf & Country Resort ini memang berbaloi dengan menu dan servis yang disediakan. Cuba la yer...