MrJocko mula register dengan Nuffnang pada tahun 2008. Selama 7 tahun, ada banyak yang MrJocko belajar dan mengumpul 'total earnings' dengan Nuffnang hampir RM5,000. Tak banyak kerana peluang yang betul-betul menyerlah sekitar tahun 2011 - 2012. Bila menuju tahun 2013 sehingga sekarang, 2015, zaman malap untuk ramai Blogger bersama Nuffnang.
Sebenarnya ramai blogger hebat lain sudah lama meninggalkan Nuffnang dan menerima tawaran iklan dan kerjasama dengan Blogger Talent Agency yang lain di Malaysia. Ada banyak PR dan Syarikat sebenarnya nak berkerjasama dengan blogger dengan bayaran yang agak menarik.
Memasuki April 2015, MrJocko dengan berat hati terpaksa melepaskan saat-saat bersama Nuffnang dan kini lebih kepada 'terbuka' menerima tawaran dari mana-mana pihak yang terlibat untuk berkerjasama dengan blog MrJocko Dot Com.
Terima kasih atas pengalaman bersama Nuffnang dan banyak yang MrJocko belajar ketika bersama Nuffnang. Untuk otai blogger yang masih bersama Nuffnang, anda antara blogger yang terhebat dan korang memang terbaik.
Antara sebab MrJocko buat keputusan tinggalkan Nuffnang :
1. Kalau diikutkan dah ramai otai-otai Nuffies Nuffnang sudah meninggalkan Nuffnang. MrJocko sempat kenal mereka-mereka yanb terbaik seperti Thara, Antz, Muhaymin, Shah, Nick dan Darren.
2. Konsep Bloggerati Nuffnang yang nampaknya memberi kelebihan kepada sesetengah pihak sahaja. Secara kasar konsep Bloggerati Nuffnang ini beri faedah kepada blogger 'hebat-hebat' sahaja. Ramai blogger hebat dalam Bloggerati seperti Kak Red, Nara dan nama-nama lain, tetapi yang lain tu, betul ke hebat? Lebih suka cara dulu, semua sama sahaja melainkan blogger-blogger otai yang betul-betul hebat.
3. Projek dari Nuffnang pun dah semakin berkurangan, Kalau dulu sebulan sekali ada Advertorial, sekarang ni dah lama tak dapat jemputan berbayar. Jemputan event PERCUMA banyakkk!!!
4. Syarat yang menyatakan untuk layak dapat status Glitterati Nuffnang, blogger hanya boleh menggunakan kode iklan dari Nuffnang SAHAJA. Kalau ada banyak income tak apa la, kalau tak banyak income??? Camana? Takkan nak harapkan dari Nuffnang sahaja.
5. Peluang kerjasama dengan banyak lagi Advertiser dan Blogger Talent Agency lain di Malaysia. Jangan risau, ada banyak peluang lain.
Semoga masih ada peluang lain yang lebih besar di luar sana dan InsyaAllah ada rezeki untuk Blog MrJocko Dot Com