Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Menyusuri 3 Teluk Terkenal Prachuap Bay, Manao Bay Dan Noi Bay Di Khiri Khan

$
0
0
Prachuap-Jetty



Prachuap Khiri Khan wilayah yang memang kaya dengan hasil laut dan juga beberapa lokasi bukit bukau yang memukau ramai pelancong Eropah untuk ke sini. Kombinasi hasil makanan laut yang banyak serta pelbagai corak muka bumi Gua Batu Kapur memang ada tarikan tersendiri jika nak di bandingkan dengan wilayah pelancongan lain di Thailand. Antara yan gmenonjol ialah 3 Teluk terkenal Prachaup Bay, Manao Bay dan Noi Bay.

MrJocko bertuah kerana berkesempatan untuk menaikit cruise yang disediakan untuk menyusuri pantai dan teluk ini bermula dari Prachuap Bay, menuju je Manao Bay dan kemudian ke Noi Bay. Pakej cruise ini bermula dari harga Baht 500 untuk setiap seorang termasuk makanan dan minuma ringan di dalam cruise dan ia mengambil masa selama hampir satu jam 30 minit.





Prachuap-Bay-Cruise-Thailand


Prachuap-Bay-Cruise-Thailand







Dari kiri dan kanan ketika melepasi Teluk Prachuap ini, anda akan melihat ada beberapa bukit batu kapur yang menjadi pelindung kepada kawasan ini dan menjadikan pantai di Prachuap Khiri Khan ini antara pantai yang cantik dan landai, sesuai untuk aktiviti air dan mandi manda.

kedudukkannya yang agak selamat dari ombak besar serta air yang masih lagi jernih dan membiru memang antara salah satu tarikan utama untuk pelancong luar negara singgah dan berehat di sini.

Dari atas bot Koh Talu Express, anda boleh melihat betapa cantiknya pemandangan pantai di Prachuap dan banyak lagi lokasi sekitar yang masih terpelihara dam menghijau. Walaupun semakin banyak pembangunan ada di sini tetapi, ia masih terkawal kerana pihak kerajaan masih mengawal dan menyelia kawasan pantai ini dengan teratur.

Untuk dapatkan pakej cruise di 3 Teluk terkenal di Prachuap ini, anda boleh ke Jeti Prachuap atau dapatkan info dari pejabat Tourism Authority of Thailand di Prachuap Khiri Khan. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468