Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Prachuap Grand Hotel : Inapan Baru Di Khiri Khan

$
0
0
Peluang kembara ke Prachuap Khiri Khan adalah satu pengalaman yang jarang-jarang MrJocko dapat kerana di sini sebenarnya ada banyak lokasi dan tarikan 'Unseen Thailand' yang masih belum diketahui ramai. Ini termasuk lokasi penginapan hotel yang murah, tiga teluk terkenal dan juga pelbagai menu masakan seafood yang murah sepanjang panjang Khiri Khan.

Prachuap Grand Hotel Khiri Khan ialah hotel penginapan kami selama 2 hari di sini. Hotel ini adalah hotel bertaraf 3 bintang dan ia adalah hotel paling baru di Prachuap Khiri Khan yang menghadap sekitar tiga teluk utama di Khiri Khan.








Prachuap Grand Hotel ini menyediakan 3 jenis bilik utama seperti bilik Standard, Junior Suite dan juga Sea Sky Suite yang mana harga untuk bilik di sini bermula dari harga Baht 1,200 untuk pakej 2 hari 1 malam termasuk 2 pax sarapan pagi.

Antara kemudahan lain yang ada di Prachuap Grand Hotel Thailand ini ialah 2 cafe restoran, ruang bilik seminar dan bilik meeting, gym dan juga kolam mandi. Tapi, selama 2 hari di sini, tak sempat nak singgah di Gym dan juga kolam mandi. Harap-harap kalau ke sini lagi, InsyaAllah akan cuba luangkan masa.





Prachuap-Grand-Hotel

Prachuap-Grand-Hotel

Prachuap-Grand-Hotel

Prachuap-Grand-Hotel



MrJocko menginap di bilik standard dan ia memang luas dan selesa. Ruang bilik memang boleh memuatkan 2 orang dengan selesa, bilik air yang kemas, ruang simpan barang dan baju agak teratur. Cuma dari segi susunan blanket agak biasa sebab di lipat sahaja. Yang lain rasanya sudah memenuhi standard hotel seperti Prachuap Khiri Khan ini.

Sarapan pagi juga ada menyediakan pelbagai menu dan sebagai Muslim, senang sahaja nak makan kerana ada banyak menu Vegetarian dan juga roti biasa. MrJocko makan buah dan juga telur sahaja setiap kali sarapan dan ia tidak la susah sangat. Lagipun corn flakes memang ada disediakan.

Walaupun lokasi hotel ini terletak sekitar 300 meter dari laut atau sekitar satu blok dari jarak pantai Khiri Khan, anda masih boleh jalan kaki untuk ke pantai dan menikmati banyak menu seafood yang sedap di restoran di sana. 

Secara peribadi, berbanding hotel-hotel lain sekitar Khiri Khan ini, ini adalah antara hotel yang paling bagus dan terbaik setakat ini kerana lokasi, keadaan bangunan yang baru serta fasiliti yang di sediakan. 

Terima kasih, Prachuap Grand Hotel dan Tourism Authority of Thailand.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468