Mereka yang selalu melancong dan membayar tiket penerbangan samada dalam negeri atau luar negeri mungkin akan tertanya-tanya samada bayaran tiket untuk kapal terbang dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) atau tidak? Mungkin ada yang dah tahu tentang isu perlaksanaan cukai GST di Malaysia ini bermula 1 April 2015.
Untuk info kita semua yang selalu melancong dan urusan kerja rasmi, mengikut berita yang sudah MrJocko baca, di sini http://www.sinarharian.com.my/nasional/penerbangan-domestik-ada-gst-1.295466 , nampaknya perlaksanaan cukai GST hanya dikenakan kepada jumlah tiket penerbangan yang dibeli untuk penerbangan domestik atau dalam negeri sahaja.
Maksudnya, untuk bayaran tiket penerbangan ke luar negara, TIADA dikenakan cukai GST 6% untuk tiket kapal terbang.
Kita di Malaysia ada beberapa syarikat penerbangan yang terkenal seperti MAS, AirAsia, Malindo Air, Firefly dan banyak lagi syarikat penerbangan lain. Mulai 1 April 2015, mereka akan kenakan cukai GST untuk tiket penerbangan mereka untuk penerbangan Domestik.
Namun begitu, apa yang MrJocko faham, tiket penerbangan dalam Malaysia seperti ke Langkawi, Labuan dan Pulau Tioman TIDAK dikenakan cukai GST kerana pengecualian khas. Jadi, tiket ke destinasi ini mestinya tidak akan berubah dari harga sebelumnya.
Tiket penerbangan yang dikenakan GST |
Tiket Penerbangan Tiada GST |
Lihat contoh yang telah MrJocko buat survey untuk tiket ke Kota Bharu, dikenakan charge GST 6%, tiket penerbangan ke Langkawi TIADA GST dan begitu juga tiket penerbangan ke Gold Coast, TIADA GST.
Jadi, faham la kita bahawa, cukai GST 6% ini ada memberi impak juga kepada pelancongan dalam negeri, khususnya bagi anda yang menaiki kapal terbang tetapi tidak ada charge GST untuk bayaran tiket penerbangan ke luar negara.
Tapi harus diingat, untuk kos lain seperti simpan bagasi di Airport, makanan, jualan runcit dan beberapa urusan lain tetap dikenakan GST.
Tapi harus diingat, untuk kos lain seperti simpan bagasi di Airport, makanan, jualan runcit dan beberapa urusan lain tetap dikenakan GST.