Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Pesta Angin Timur Perlis Pada 6 - 8 Mac 2015

$
0
0
Mungkin ramai yang belum tahu bahawa di Perlis mempunyai beberapa festival yang semakin terkenal termasuk East Wind Festival atau Festival Angin Timur Perlis. Musim Timur yang membawa angin sejuk, yang juga dikenali "angin timur" seringkali bertandang antara Disember dan Mac setiap tahun. Perlis, yang pernah mencatat negeri paling panas dengan rekod suhu 40.1 darjah Celsius pada 1998, dijangka berubah suhu menjelang Mac 2015. 

Pesta Angin Timur Perlis ini menggalakkan gaya hidup pertanian yang unik dengan menonjolkan aktiviti rutin yang berlaku selepas setiap tuaian manakala mempamerkan seni persembahan menarik dan budaya yang menarik kepada pelancong tempatan dan antarabangsa. 

Oleh sebab itu, pesta seperti ini boleh mewujudkan masyarakat monumental dan interaktif yang melibatkan rakyat dalam aktiviti-aktiviti, di mana pelancong mempunyai peluang untuk mengambil bahagian dan mengalami pengalaman dalam kegiatan penduduk seharian.

Cuaca sejuk pada musim timur yang biasanya bermula pada Disember hingga Mac setiap tahun tidak mendatangkan masalah sebaliknya akan mengundang pelancong yang gemarkan cuaca sejuk. Sejak sekian lama musim timur datang dan pergi tanpa begitu disedari oleh orang ramai, namun kini Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia tidak akan melepaskan kehadiran musim timur yang selama ini dengan mempromosikan produk baru Negeri Perlis ini, East Wind Festival Perlis.



East_Wind_Festival

East_Wind_Festival





Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468