Samsung Electronics Co. Ltd telah mengumumkan produk baru telefon pintar yang diberi nama Samsung GALAXY S6 dan GALAXY S6 Edge. Dengan pelancaran telefon pintar ini, ia akan meletakkan satu standard baru bagi reka bentuk, ketukangan reka bentuk unggul serta prestasi Galaxy S6 Galaxy dan Galaxy S6 Edge. Dengan produk telefon pintar Samsung ini, ia meletakkan Samsung sebagai pengeluar teknologi telefon pintar yang paling maju untuk menawarkan pengguna satu pengalaman mudah alih yang tidak dapat ditandingi.
Bersama-sama dengan pengumuman Samsung GALAXY S6 dan GALAXY S6 Edge, Samsung juga telah membuat beberapa pengumuman menarik sepanjang pengumuman GALAXY Unpacked 2015 yang berlangsung di Barcelona, Sepanyol.
Antara ciri-ciri yang menarik tentang Samsung GALAXY S6 dan GALAXY S6 Edge :
1. Diperbuat dari kualiti logam dan kaca, Samsung GALAXY S6 dan GALAXY S6 Edge.
2. Mengembangkan fungsi penggunaan Realiti Maya Samsung Mobile dengan Gear VR Innovator Edition untuk GALAXY S6 dan GALAXY S6 Edge
3. Samsung mengumumkan Samsung Pay, satu perkhidmatan Pembayaran Bergerak yang mempunyai ciri keselamatan yang tinggi.
4. Pengalaman Mengecas secara Wireless dengan Samsung dan IKEA
Jom lihat Samsung GALAXY S6 dan GALAXY S6 Edge dan gambar pengumuman GALAXY UNPACKED 2015 yang berlangsung di Barcelona 1 Mac 2015.
Samsung Galaxy S6 - Gambar
Samsung Galaxy S6 Edge