Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Menu Ala Carte STREATS Restaurant & Bar Ibis Styles Hotel Kuala Lumpur

$
0
0
Ibis Styles Kuala Lumpur sebenarnya bukan setakat hotel budget yang berpatutan untuk penginapan anda, tetapi mereka juga menyediakan menu-menu yang terbaik untuk citarasa anda samada menginap, berkursus atau datang 'walk-in' untuk sarapan pagi, makan tengahari, Hi-Tea atau makan malam. Semuanya anda boleh cuba di STREATS Restaurant & Bar Ibis Styles Hotel Kuala Lumpur.

MrJocko dah cuba menu di sini, mencuba menu sarapan, menu lunch dan juga menu makan malam, semuanya memang antara menu yang sedap dan berbaloi untuk anda cuba. 




Menu Aglio e Oglio


Koleksi Pasta yang sedap

Dalam banyak-banyak menu yang ada, 3-4 menu menjadi pilihan MrJocko termasuk menu Kambing yang di marinated dan di grill serta dihidangkan dengan sayur dan cendawan. Tidak lupa menu Aglio e Oglio yang memang sedap, tambah-tambah dengan lauk Seafood yang di masak sempurna. Ada juga menu Burger Peri Peri yang dihidangkan untuk citarasa berbeza, tetapi dalam saiz yang besar, berbaloi untuk anda cuba utk menu makan malam anda.

Ada lagi menu lain, ada Satay, Nasi Goreng dan juga Char Keow Teow yang merupakan antara menu wajib bagi orang Malaysia, boleh juga anda dapatkan di STREATS Restaurant & Bar Ibis Styles Hotel Kuala Lumpur





Peri Peri Burger yang yummy





Kami sekeluarga memang kenyang dengan menu-menu yang dihidangkan dan ia sememangnya disukai oleh anak-anak MrJocko. Pasta menjadi pilihan mereka dan sudah pasti menu burger peri-peri juga memang pilihan mereka.

MrJocko memang suka menu yang ada kambing. Sangat puas hati mencuba menu di STREATS Restaurant & Bar Ibis Styles Hotel Kuala Lumpur.




STREATS Restaurant & Bar Ibis Styles Hotel Kuala Lumpur

STREATS Restaurant & Bar Ibis Styles Hotel Kuala Lumpur

Bro Framestone, MrJocko dan Paparazi FS

STREATS Restaurant & Bar Ibis Styles Hotel Kuala Lumpur



Untuk makluman, Ketua Chef di STREATS Restaurant & Bar Ibis Styles Hotel Kuala Lumpur adalah Chef Ahmad Haidzir yang mempunyai banyak pengalaman dalam penyediaan makan hotel dan pernah berkerja dengan ramai chef-chef terkenal. Kini, beliau meluahkan inspirasi menu-menu ciptaannya di STREATS Restaurant & Bar Ibis Styles Hotel Kuala Lumpur.

Tak rugi kalau cuba menu di sini, memang sedap. Menu ala-carte di STREATS Restaurant & Bar Ibis Styles Hotel Kuala Lumpur ini sangat berbaloi dan ia juga jauh lebih baik dari tanggapan MrJocko. 

Bagi yang berminat nak cuba boleh ke STREATS Restaurant & Bar Ibis Styles Hotel Kuala Lumpur yang terletak di Komplek Metro Pudu, Fraser Business Park, Kuala Lumpur.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468