Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

LuxBite Cafe And Pastry di South Yarra Melbourne

$
0
0
LuxBite Cafe and Pastry adalah antara lokasi terakhir MrJocko dan rakan media singgah ketika di Melbourne. Sebelah pagi, kami dibawa ke kedai cafe dan pastri yang dimilikki oleh dua orang rakyat Malaysia yang kini menetap di Melbourne.

LuxBite adalah jenama cafe dan pastri yang dimilikki oleh Bernard Chu dari Kelantan dan Yen Yee dari Shah Alam. Bernard merupakan Chef di LuxBite dan Yen Yee adalah sebagai pengurus yang bertindak memasarkan jenama LuxBite di Melbourne.







LuxBite Cafe and Pastry ini merupakan destinasi cafe untuk sesiapa sahaja yang ingin merasai keenakkan makanan pastri terbaik di Melbourne. Anda boleh dapatkan pelbagai jenis kek dan pastri terbaik buatan LuxBite di Toorak Road, South Yarra.

LuxBite mengambil cetusan idea dalam mencipta dan memberi inspirasi kepada kemanisan yang menakjubkan dengan pencuci mulut untuk menggembirakan mata dan selera pelanggan mereka. Di sini anda boleh dapatkan pelbagai menu Macaron, Kek dan juga home made produk seperti Kaya Kelapa, Caramel dan juga Coklat.

LuxBite Cake and Pastry ditubuhkan pada tahun 2010 oleh dua rakyat Malaysia melalui pengalaman mereka selama berkhidmat dari dapur beberapa restoran terbaik di Australia. Hasil yang ada di LuxBite sekarang adalah hasil pengalaman peribadi mereka berkerja bersama tokoh masakan terkenal seperti Michael Moore (Summit Restaurant), Peter Gilmore (Quay), dan Katrina Kanetani (Pier ) di Sydney, sebelum berpindah ke Melbourne, di bawah Catherine Adams (RPB & G), Robert Marchetti (Giuseppe, Arnaldo & Sons) dan Daniel Selatan (Comme).



luxbite_south_yarra_melbourne

LuxBite Macarons

cakes_luxbite_south_yarra_melbourne








LuxBite juga adalah satu jenama yang pernah berkerjasama dengan program MasterChef Australia dan sememangnya terkenal dengan citarasa unik mereka yang tersendiri dan memang menjadi pilihan ramai peminat macaron dan kek di Melbourne.

MrJocko sendiri memang teruja bila dapat singgah di sini dengan penampilan istimewa oleh Andrew Prior, Masterchef Australia Season 5. Kami mencuba pelbagai jenis dan rasa macaron dan juga kek terbaik hasil di LuxBite, ternyata ia memang hebat dan sedap.

Untuk ke sini, anda boleh dapatkan Tram dan menuju je stesen Tram South Yarra. LuxBite Cake and Pastry ini hanya beberapa blok dari stesen tersebut di Toorak Road.

Mesti singgah ke LuxBite, sekurang-kurangnya dapat berbual dengan orang Malaysia di Melbourne dan boleh rasa citarasa Malaysia yang menjadi produk terbaik di Melbourne. Ia satu kebanggaan sebagai rakyat Malaysia di Melbourne. Boleh rasa 'Kaya kelapa' di Melbourne yang sedap,,, :)






Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468