Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Keju Original Dan Terbaik Di Yarra Valley Dairy, Victoria

$
0
0





Yarra Valley juga sememangnya terkenal dengan pembuatan keju yang terkenal di sekitar Victoria. Ini kerana di sini mereka mempunyai kualiti susu lembu yang tinggi dan sesuai untuk dijadikan keju terbaik. Tidak hairanlah jika peminat keju akan datang ke Yarra Valley untuk mencari jenis keju yang terbaik untuk mereka sepanjang musim.

MrJocko sempat singgah di Yarra Valley Dairy yang terletak hanya beberapa kilometer dari lokasi Yarra Valley Chocolaterie & Ice Creamery. Di sini, ada pelbagai jenis pilihan 'cheese' terbaik hasil buatan dan produk tempatan Yarra Valley.

Ada rakan di Malaysia memberitahu, mereka akan beli keju di sini, jika datang ke Yarra Valley kerana citarasa keju dan kualitinya yang bagus dan terbaik. Sayangnya MrJocko bukan peminat keju. Kalau tidak, teringin nak bawa pulang satu botol.



Yarra Valley Dairy




Yarra Valley Dairy



Salah satu Cheese yang menjadi pilihan utama di sini ialah Cheese Royal ini yang diberi nama 'Juno'. Menurut Jimmy, driver yang membawa kami sepanjang Media FAM Trip Melbourne ini, ini adalah cheese yang paling sedap dan enak di makan dengan roti bakar. Satu botol ini bernilai AUD15 (RM42).

Untuk memenuhi permintaan pelanggan yang singgah di Yarra Valley Dairy, Kedai Keju ini, tuan punya kedai juga menyediakan menu lain seperti ruang minum kopi dan juga makanan ringan yang lain untuk pelanggan yang ingin makan di sana. Walaupun begitu, order untuk makanan tamat jam 4.00 petang dan kek dan kopi pada jam 4.30 petang. Oleh kerana tempat yang terhad, tempahan untuk berkumpulan melebihi 8 orang adalah dinasihatkan membuat tempahan awal.

MrJocko ada mencuba beberapa jenis keju di sini, memang berbeza. Ada yang memang sangat lain dari rasa biasa dan baru MrJocko tahu bahawa keju juga punyai pelbagai jenis dan cara makan yang berbeza.

Anda peminat keju???










Emirates Airline menyediakan satu penerbangan setiap hari terus dari KLIA ke Melbourne. Mudah jer kalau nak ke Melbourne :)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468