Ada rakan bertanya MrJocko tentang apa yang MrJocko terima ketika menjadi penumpang Business Class di Emirates Airline ketika penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Melbourne. Jawapan MrJocko, Travel Kits yang menarik untuk MrJocko gunakan sepanjang berada di Melbourne.
Travel Kits ini memang sangat berguna kerana di Australia, walaupun anda menginap di hotel bertaraf 5 Bintang, belum tentu hotel tersebut menyediakan berus gigi dan juga beberapa barangan peribadi yang lain untuk lelaki termasuk shaver. Berbeza dengan kebiasaan hotel di Jepun, Korea, Taiwan, Singapura, Indonesia, Thailand dan juga Malaysia.
Di dalam travel kits, goodies yang diberikan oleh Emirates Airline ini mempunyai berus gigi dan ubat gigi, shaver dan shaver foam, pewangi lelaki, tisu, sikat dan juga set perfume dari jenama Bvlgari. Kalau MrJocko, set ini memang cukup untuk kegunaan travel MrJocko selama sebulan. Ia memang travel kits hadiah terbaik dari pihak Emirates Airline.
Terima kasih sekali lagi buat penerbangan Emirates dan juga rakan penaja Tourism Victoria serta Majalah LIBUR atas pengalaman Media Trip dari KLIA ke Melbourne.
#EmiratesAirline #VisitMelbourne #MajalahLIBUR