Sebelum ni MrJocko selalu juga layan main game Candy Crush di smartphone wife. Bukan apa, saja nak hilangkan boring. tetapi, rupanya, bila selalu main Candy Crush ni, makin lama-makin tension. Sampaikan ada masa susah nak lepas satu-satu level pasal 'nyawa' yang sikit dan move yang tak cukup.
Tapi sejak dua menjak ni, best pulak main Candy Crush ni. Makin layan, makin syiok. Pastu bila setel satu-satu level, dapat markat terTINGGI. Bukan setakat 200,000 ke 300,000 tetapi dah jadi BERJUTA-JUTA. Tengok la points tertinggi MrJocko main semalam, dapat lebih dari 61 Juta... Wowwww...
Apa rahsia nak main Candy Crush dan menang dengan dapat points juta-juta ni??? Apa tips, teknik dan cara nak main supaya boleh senang lepas setiap level dan senang UNLOCK setiap 'Rel Keretapi'? Siapa tahu dan boleh share kat sini??? :)