Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Perisa Terbaru Aiskrim Nestle Drumstick Ekstrem Choc

$
0
0
Aiskrim memang sejak dari dulu lagi diminati ramai, terutamanya kanak-kanakk. Lihat saja telatah anak-anak MrJocko bila dapat makan aiskrim. Tambah pula, aiskrim yang menjadi kegemaran mereka, aiskrim kon yang berperisa Coklat.






Nestle Drumstick, satu jenama yang sudah terkenal di Malaysia, kini dalam promosi memperkenalkan perisa baru Nestle Drumstick 'Ekstrem Choc'. Citarasa terbaru aiskrim Nestle Drumstick ini bertemakan 'sesuatu yang ekstrem' dan ia semestinya akan menepati segenap lapisan pelanggan samada kanak-kanak ataupun orang dewasa.




Penggembaraan promosi produk terbaru Nestle Drumstick Ekstrem Choc ini sebenarnya sudah bermula sejak bulan Mei 2013 dengan menjadikan beberapa lokasi terpilih sebagai tempat promosi. Seterusnya, ia akan diteruskan lagi dengan mengunjungi lebih dari 110 buah Kolej dan Universiti seluruh Malaysia dengan aktiviti menyeronokkan dan interaktif seperti "Bungee Trampoline".








Nestle Drumstick Ekstrem Choc ini dibaluti oleh wafel kon rangup dengan pusaran sos coklat berkrim di tengahnya serta taburan cip coklat putih dan gelap di bahagian atas untuk menambahkan rasa sedap. Jangan kata kanak-kanak, MrJocko sebagai orang dewasa pun tidak tahan bila melihat aiskrim Drumstick Ekstrem Choc ini.

Anda pasti teruja dengan promosi produk aiskrim terbaru dari Nestle Drumstick ini. Untuk maklumat lanjut, sila layara laman web Nestle dan Facebook Nestle Drumstick untuk mengetahui lokasi seterusnya promosi Nestle Drumstick Ekstrem Choc di masa hadapan. Anda boleh sertai aktiviti semasa promosi Nestle Drumstick Ekstrem Choc dan rasai kenikmatan terbaru aiskrim Nestle Drumstick Ekstrem Choc.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468