Selepas kekalahan 1 - 2 di Pusingan 1 ketika Stadium Shah Alam dengan Vietnam, kini Malaysia ke Hanoi untuk menyelesaikan Pusingan Ke-2 membawa misi yang agar sukar. Kelebihan 2 gol Vietnam di stadium Shah Alam memang menakutkan semua peminat bola Malaysia. Apatah lagi bermain di depan penyokong Vietnam yang ramai di gelanggang mereka.
Dengan beberapa insiden kekecohan segelintir penyokong Malaysia yang membuat onar memukul dan bergaduh di stadium dengan penyokong Vietnam, perlawanan AFF Suzuki Cup 2014 antara Vietnam vs Malaysia nampak semakin getir.
Namun pada malam ini, terbukti dengan rombakan besar-besaran dari Jurulatih Malaysia Dollah Salleh yang membawa masuk Piya, Indra dan penjaga gol Farizal ternyata dapat memperkemaskan pasukan Harimau Malaya. Tambah lagi dengan kehadiran Ketua Pasukan Shukor Adan yang memberikan suntikan semangat baru kepada pasukan Harimau Malaya.
Seawal minit ke-5, pasukan Harimau Malaya sudah berjaya mendapatkan jaringan gol hasil sepakan penalti. Gol pertama ini membakar semangat pasukan kita. Walaupun Vietnam mengawal permainan dan menyerang dari pelbagai sudut, keputusan perlawanan AFF Suzuki Cup 2014 antara Malaysia vs Vietnam, akhirnya Malaysia menang di Hanoi dengan jaringan 4 gol berbalas 2. Ini bermakna Malaysia berjaya ke Peringkat Akhir selepas menang dari segi agregat Malaysia 5 - 4 Vietnam.
Keputusan penuh AFF Suzuki Cup 2014 Semi Final berakhir dengan keputusan Vietnam 2 - 4 Malaysia dan agregat Vietnam 4 - 5 Malaysia.
Tahniah Harimau Malaya dan Jurulatih Dollah Salleh. Final AFF Suzuki Cup 2014 di mana Malaysia akan bertemu pasukan Thailand.