Pulau Dayang Bunting di Langkawi memang menjadi tumpuan lokasi lawatan wajib pelancong kalau ke Pulau Langkawi. Ini kerana, mitos dan lagenda yang dibawa oleh nama Dayang Bunting ini seakan menjadi tarikan utama pelancong untuk melihat sendiri tasik di pulau ini. Kini, Tasik Dayang Bunting lebih dikenali dengan nama baru Dayang Bunting Marble Geaoforest Park.
Lagenda Pulau Dayang Bunting
Selepas bermain-main di Pasir Telok Ayer Tahun, Mambang Sari dan dayang-dayangnya pergi mandi di Telok Lawak. Tiap-tiap kalinya Mat Teja mengikut dari jauh kerana tidak berani mengatakan kasihnya kepada Mambang Sari.
Pergi ke Telok Ayer Tahun, Mat Teja kena lalui di suatu tempat yang dipanggil Diang. Maka, di tempat ini tinggal seorang tua bernama "Tuk Diang".
Pada suatu hari apabila ia lalu, Tuk Diang bertanya kepada Mat Teja ke mana ia hendak pergi.
Jawab Mat Teja, ia hendak pergi mengikut Mambang Sari kerana ia telah jatuh kasih kepadanya, tetapi ia tidak berani pergi hampir.
Tuk Diang beri petua kepadanya, ambil sebatang tabung buluh, pergi berjalan di pantai laut waktu air surut, kemudian tadah air mata duyung dengan tabung buluh itu di suatu tempat yang dipanggil Telok Kahar. Apabila dapat air mata duyung itu, basuh muka dengannya apabila ia lihat Mambang Sari.
Mat Teja turut seperti yang mana dipetuakan oleh Tuk Diang dan satu pun tidak ketinggalan. Ia pun berjalan di pantai laut dan sampailah di Telok Kahar waktu air surut. Maka dilihatnya seekor duyung duduk di atas batu dan air matanya jatuh meleleh di mukanya kerana air pasang telah meninggalkannya dan dia tidak dapat balik ke laut.
Apabila Mat Teja melihat duyung itu duduk terbeting di batu, ia pun tidak lengah lagi membuka tali pinggangnya di mana tergantung tabung buluh yang tersebut dan menadah air mata duyung itu. Apabila sudah dapat ia pun dengan segera balik ke Telok Lawak. Maka di sini ia dapati Mambang Sari sedang bersuka-sukaan. Mat Teja dengan tidak membuang masa menyapukan leher dan mukanya dengan air mata duyung itu. Apabila Mambang Sari melihat wajah Mat Teja ia pun jatuh kasih kepadanya.
Pada hari-hari kemudian yang berikut mereka duduk berkasih-kasihan, tetapi tidak duduk sama setempat. Ada kalanya mereka berjumpa di darat dan ada kalanya di laut.
Tidak berapa lama daripada itu Mambang Sari pun bunting dan balik ke suatu tempat yang dipanggil Dayang Beranak untuk melahirkan anaknya. Tujuh hari lepas bersalin anaknya meninggal dunia. Mambang Sari campakkan anaknya ke dalam sebuah tasik dan tasik itu pada masa ini dipanggil dengan nama TASIK DAYANG BUNTING."
Sumber : Sejarah Pulau Langkawi
Kini, ia lebih dikenali dengan nama Dayang Bunting Marble Geoforest Park membentangkan landskap hutan dan tasik yang sangat besar ke atas sejarah purba Langkawi. Ia juga membawa memegang tarikan gua-gua lain di sekitar tasik ini termasuk Gua Pasir Dagang, Laut Gerbang dan susunan di Pulau Dua dan Pulau Lima.
Paling eksklusif di sini adalah Tasik Dayang Bunting, tasik semulajadi terbesar. Ini tasik air tawar telah terbentuk dari runtuhan gua batu kapur bawah tanah.
Tasik Dayang Bunting
Ia terletak bersebelahan dengan Pulau Tuba, di barat daya pulau Langkawi. Ia terletak di Pulau Dayang Bunting dan merupakan tarikan yang amat popular bagi pelancong kerana keindahan dan legenda di sebaliknya. Menurut legenda, jika mana-mana perempuan mandul minum air dari tasik atau mandi di dalamnya, dia akan diberi ganjaran dan dikurniakan seorang anak. Namun, segala-galanya ini adalah mitos semata-mata.
Tambahan pula, jika dilihat dari satu sudut, bentuk pulau ini seakan seorang 'wanita yang hamil sedang berbaring tidur' jelas kelihatan.
Yang pasti, di Dayang Bunting Marble Geoforest Park ini sudah semakin dibangunkan dengan canti kdan terpelihara. Kini ada ruang untuk anda mandi-manda dengan selamat, ruang mandi untuk kanak-kanak, ruang sukan air dan beberapa landskap tasik dan jambatan titi yang menarik.
Tahniah kepada pihak yang bertanggungjawab memajukan Dayang Bunting Marble Geoforest Park ini kerana ia jauh lebih cantik, lebih kemas, lebih teratur dan lebih bersih berbanding beberapa tahun lepas semasa MrJocko melawat ke sana.
Tak rugi kalau ke Dayang Bunting Marble Geoforest Park kerana anda boleh habiskan masa cuti anda di sini dengan santai mandi manda dan nikmati keindahan alam fauna yang indah di pulau ini. ia memang sangat berbaloi...
Ambil masa anda, jom bercuti ke Langkawi dan jangan lupa singgah di Dayang Bunting Marble Geoforest Park.