Kad Prabayar Shell easiGO Amex Maybank yang baru MrJocko dapat beberapa minggu lepas telah MrJocko isi dengan reload untuk tujuan pembayaran di Stesen minyak Shell. Dengan kad prabayar Shell easiGO ini, MrJocko kini lebih mudah untuk mengisi minyak petrol di Pam, tidak perlu pergi ke kaunter bayaran seperti dulu.
Sejak ada kad prabayar Shell easiGO, MrJocko tak perlu risau dengan line beratur panjang ketika di pam minyak Shell. Tambahan pula, musim ni kan musim cuti sekolah, jika di lihat di stesen minyak, memang ramai orang beratur untuk menunggu giliran membayar petrol yang ingin mereka isi.
Semestinya dengan kad prabayar Shell easiGO, swipe sahaja, kemudian isi sebanyak mana yang anda perlukan selagi tidak melebihi nilai prabayar yang ada dalam kad Shell easiGO tersebut.
Bukan sahaja untuk isi petrol, anda juga boleh guna kad prabayar Shell easiGO ini untuk membeli belah di kedai runcit Shell Select. Tak perlu bawa wang yang banyak, hanya guna kad prabayar Shell easiGO sahaja.
Jika anda seorang yang suka travel seperti MrJocko, anda juga boleh menggunakan kad prabayar Shell easiGO anda di luar negara asalkan mereka menerima jaringan AMEX. Mudah kan? Tak perlu bawa banyak duit tunai untuk membeli-belah.
Kalau anda belum ada kad prabayar Shell easiGO, dapatkan satu di mana-mana stesen minyak Shell terpilih seluruh negara. Maklumat lanjut boleh layari laman web www.SHELL.com.my atau Kad Prabayar Shell easiGO AMEX Maybank