Sekiranya anda antara pelancong yang sukakan aktiviti menginap di atas chalet terapung, ini peluang anda untuk mencuba pakej Chalet Terapung Kuala Sepetang, Perak. Chalet Terapung ini berada di muka muara Kuala Sepetang dan kedudukannya sangat sesuai untuk aktiviti penginapan di atas laut, memancing dan juga aktiviti BBQ bersama keluarga dan rakan-rakan.
Untuk pakej Chalet Terapung Kuala Sepetang ini, MrJocko diberitahu oleh wakil yang terlibat, satu chalet lengkap ini termasuk 4 Chalet lengkap 2 tingkat yang boleh memuatkan seramai maksima 44 orang, Tandas, Ruang BBQ, Ruang Santai, Pelantar Memancing dan juga set Audio dan Video. Pakej yang ditawarkan ialah cuma RM1,200 sahaja untuk Chalet Terapung ini untuk maksima 44 orang.
Tetapi, jika anda berminat dengan pakej penuh iaitu sewa Chalet dan juga aktiviti sampingan, harga yang ditawarkan agak berbeza iaitu :
Weekdays: RM200 per head or minimum RM2000
Weekend: RM220 per head or minimum RM2200
Maximum 44 paxs
Pakej meliputi
Lawatan ke Pusat Eko Pelajaran Kuala Sepetang
Lawatan ke Kilang Arang Kayu
Lawatan Perkampungan Nelayan melalui jalan air
Penginapan di Chalet Terapung
4 Set memancing dan umpan
Pengangkutan bot pergi dan balik
4 kali makan: Mee Udang, Makan Malam, Minum Supper dan Sarapan
Kelong Kuala Sepetang
Chalet Terapung Kuala Sepetang ini memang sesuai jika anda mahukan privasi dan bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan di Kuala Sepetang kerana kedudukan chalet terapung yang sangat menarik di samping anda boleh melakukan aktiviti BBQ, santai dan juga memancing bersama keluarga.
Jika berminat, anda boleh hubungi pihak Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang atau Pakej Floating Chalet Kuala Sepetang untuk mendapatkan maklumat lanjut. Untuk trip dan pengalaman baru bercuti di Malaysia, Kuala Sepetang memang memberikan pengalaman baru dan terbaik untuk anda sekeluarga.