Restoran Bangkok House ada banyak cawangan di Kuala Lumpur dan Selangor. Sebelum ini tak pernah cuba kerana tak pernah tahu menu di Restoran Bangkok House.
Last week, MrJocko singgah untuk bertemu kawan lama di Restoran Bangkok House di 1Mont Kiara Shopping Mall di tingkat 1. Lokasi restoran ini senang jer nak cari sebab bersebelahan dengan eskelator.
Pertama kali MrJocko cuba menu Pad Thai atau biasa kita kenal dengan nama Kueh Teaw Goreng. Menu Pad Thai di Restoran Bangkok House ini memang sedap ooo... Nampak jer simple tetapi rasa asli Thailand memang terangkat.
Untuk info, Restoran Bangkok House ini kepunyaan bumiputera dan memang menyediakan menu yang sedap-sedap original dari tukang masak dari Thailand.
Kalau nak cuba menu asli masakan Thailand, boleh cuba ke Restoran Bangkok House di cawangan 1Mont Kiara, The Strand dan akan datang di TTDI Kuala Lumpur.