Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Harga Minyak Turun : Beralih Ke Ron97

$
0
0
Ramai yang dah tahu bahawa harga minyak Ron97 dah turun kepada RM2.55 seliter. Harga ini cuma 25 sen lebih mahal berbanding minyak Ron95 yang dijual kini dengan harga RM2.30 seliter. Kalau dari segi perbezaan harga memang tak jauh. Untuk satu tangki penuh, tak jauh beza jika dibandingkan dengan kualiti minyak petrol.

Ramai rakan yang syorkan untuk beralih kepada Ron97 selepas berita harga minyak Ron97 turun. Salah satu sebab, kualiti dan performance minyak Ron97 memang menjimatkan untuk perjalanan yang jauh di samping kelebihan mencuci engin yang lebih baik.








Oleh sebab minyak petrol Ron97 ini turun juga la, MrJocko kini beralih kepada Ron97. Untuk masa ini, cuba tengok perbezaan penggunaan minyak ini berbanding dengan penggunaan minyak petrol Ron95 sebelumnya. Lagipun, MrJocko guna kad prabayar Shell easiGO American Express keluaran Maybank untuk mengisi minyak, sudah pasti lebih mudah.






Untuk tempoh seminggu dua ini, MrJocko nak tengok keberkesanan menggunakan minyak Ron97 selepas harga diturunkan menjadi RM2.55 seliter. Harap-harap penggunaan Ron97 ini berbaloi untuk MrJocko yang tak banyak menggunakan kereta untuk bergerak jauh, sekadar pusing-pusing lokasi dalam Kuala Lumpur sahaja.

Bagaimana dengan anda? Guna minyak petrol Ron95 atau Ron97???


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468