Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Nasi Arab Sedap Di Kuala Lumpur : Restoran D'Arab Cafe Jalan Duta

$
0
0
Peminat nasi arab di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor mungkin boleh cuba menu nasi Arab yang sedap dan murah di sebuah restoran di Jalan Duta. Restoran tersebut diberi nama Restoran D'Arab Cafe.

D’Arab Cafe adalah satu rangkaian restoran masakan arab yang mampu dinikmati oleh semua golongan masyarakat. Bermula dengan sebuah ruang niaga yang sederhana di No 9 Kompleks Anjung 7, Shah Alam pada 1 April 2009 oleh pengasasnya Tn Hj Hairudin Bin Hj. Mohd Top.

Perniagaan restoran D’Arab Cafe sangat menggalakkan malah sehingga kini terdapat 15 cawangan D’Arab Cafe di sekitar Lembah Kelang. Dengan kadar pertumbuhan dan perancangan yang telah dan sedang dijalankan, rangkaian D’Arab Cafe dijangka akan bertambah.

D’Arab Cafe juga menyediakan khidmat penghantaran di sekitar kesemua cawangannya. D’Arab Cafe menyajikan masakan Timur Tengah dengan rasa keaslian, namun dapat dinikmati oleh semua golongan kerana harganya yang sangat kompetitif. D’Arab Cafe amat mementingkan konsep rasa, kualiti dan konsistensi makanan dengan cara mengunakan dapur berpusat.


Nasi Arab Sedap Di Kuala Lumpur



Pertama kali ke Restran D'Arab Cafe Jalan Duta, MrJocko mencuba menu Nasi Arab Ayam Kabshah. Menu ini cuma berharga RM13.00 sahaja. Air Teh Arab pula ada lah Free Flow dan memang sedap bila disertakan dengan daun pudina. Sangat sedap rasa ayam yand diperap dengan rampah khas ini.

Kali kedua MrJocko mencuba Lamb and Chicken Set yang berharga RM38.00 sahaja termasuk 3 air Teh Arab. Pakej ini boleh dimakan oleh 3 orang dengan lauk kambing dan ayam yang dimasak special cara D'Arab Cafe Jalan Duta. Rasanya memang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata, memang sedap dan anda perlu cuba sendiri. Nasi yang disediakan di sini memang lembut, panjang dan sangat sedap.




nasi arab sedap di Kuala Lumpur


nasi arab sedap di Kuala Lumpur



Waktu operasi Nasi Arab D'Arab Cafe Jalan Duta ini dibuka setiap Isnin sehingga Sabtu bermula jam 11.00 pagi sehingga jam 10.00 malam. Ahad restoran nasi arab D'Arab Cafe ini di tutup.

Nak cuba menu nasi arab yang sedap sekitar Kuala Lumpur anda memang boleh ke Restoran D'Arab Cafe Jalan Duta. Parking memang agak mudah, lokasi berada di tengah kotaraya serta ruang makan yang selesa. Yang penting, menu yang ditawarkan disini adalah menu harga nasi arab paling murah dan sedap pernah MrJocko jumpa di Kuala Lumpur dan Selangor.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468