Kembara menjejak menu masakan halal di Taiwan diteruskan pada hari ketiga dan MrJocko menginap di sebuah hotel yang besar dan terkenal di Tainan, dikenali sebagai nama Tayih Landis Hotel.
Tayih Landis Hotel Tainan terletak berhampiran tempat-tempat bersejarah utama Tainan, termasuk Menara Chihkan, Kuil Confucius, Koxinga Tempat Suci, dan banyak lagi. Ia sangat berbaloi untuk hotel yang dikategorikan sebagai 4 Bintang. Sentuhan perkhidmatan staff di hotel Tayih Landis memang peramah dan berkualiti.
Ia mempunyai sebanyak 315 bilik, masing-masing dihiasi dengan motif corak kontemporari campuran kesederhanaan dan ada sedikit unsur art dan kesenian yang di tampilkan, untuk memastikan bahawa anda menikmati pengalaman yang lengkap dan tenang. Ruang lobi hotel memang luas dan nampak sangat elegan.
MrJocko berpeluang menginap di bilik Superior Deluxe di Tayih Landis Hotel Tainan dan bilik tersebut memang awesome. Bilik ini selesa untuk di diami oleh 2 orang dewasa dan ruang bilik memang luas. Harga bilik di Tayih Landis bermula dari RM300++.
Menginap di Tayih Landis umpama satu pengalaman yang akan anda mahu ulang setiap kali anda mahu berehat di bilik hotel yang mewah. Servis staff hotel dari lobi hotel sehingga bilik dan sarapan pagi memang terbaik. Terasa sangat dihargai bila menginap di Tayih Landis Hotel Tainan.
Bilik luas, katil queen size untuk MrJocko tidur berseorang, ruang meja kerja, saluran TV yang punyai pelbagai channel menarik, bilik air dan tab mandi yang selesa, semuanya terbaik untuk mereka yang inginkan privasi dan keselesaan ketika menginap di hotel.
Paling best bila pihak hotel menyediakan buahan di dalam bilik sebagai complimentary untuk tetamu hotel dan di sertakan nama tetamu sekali. Terasa sangat di hargai.
Jika anda mahu ke Tainan samada urusan kerja atau berlibur, boleh cuba untuk dapatkan pengalaman menginap di hotel Tayih Landis. Bukan sahaja ia terletak dalam kawasan yang strategik, malah di restoran hotel ini juga sediakan menu masakan Muslim Friendly Restaurant bagi orang Islam.