Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Harga Tiket Masuk Zoo Negara Dan Giant Panda

$
0
0
Sebenarnya, dah lama MrJocko tak singgah ke Zoo Negara. Rasanya last masuk kat sini masa Perlancaran Produk Terbaru Celcom First pada Jun 2012, itu pun masuk untuk event sahaja, bukan untuk pusing-pusing lihat haiwan di Zoo Negara.

Last Sunday, anak-anak MrJocko ajak masuk ke Zoo Negara. Katanya teringin nak tengok Giant Panda yang dikenali sebagai Fu Wa dan Feng Yi yang dikatakan menjadi tarikan baru di sana. Oleh kerana lama dah tak bawa mereka jalan-jalan, MrJocko terpaksa bersetuju.







Harga tiket masuk ke Zoo Negara terbaru memang sudah jauh beza dari beberapa tahun terdahulu. Kini harga tiket masuk ke Zoo Negara untuk kadar biasa ialah RM30 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak. Untuk harga tiket Zoo Negara dan Giant Panda, anda dikenakan sebanyak RM50 bagi dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak.

Untuk harga tiket masuk ke Zoo Negara bagi lawatan sekolah, Pelajar dikenakan cuma RM8 dan Cikgu RM10 (untuk 10 orang pelajar ke atas).

Melihat kepada harga tiket masuk ke Zoo Negara ini, rasanya ia agak mahal kerana secara peribadi, nilai RM30 bagi setiap orang dewasa dengan fasiliti yang di sediakan di dalam Zoo Negara tidak berpadanan.








Mungkin ada yang akan berkata, kos untuk menyara haiwan-haiwan di Zoo Negara adalah mahal dan  tiket yang agak mahal ini adalah untuk menampung kos operasi Zoo Negara.

Dari satu sudut, Ya, kenyataan itu memang benar. Tetapi MrJocko sekadar memberi pandangan peribadi selama beberapa kali masuk ke Zoo Negara. Tunggu entry selanjutnya, MrJocko akan bagi pandangan kenapa pendapat MrJocko mengatakan, harga tiket masuk di Zoo Negara agak mahal.






Kedudukan Giant Panda, Fun Wa dan Feng Yi memang special. berada dalam bilik besar dan dipenuhi dengan aircond sejuk memang buatkan haiwan istimewa ini menjadi 'bintang' di Zoo Negara. Namun harga tiket RM20 untuk dewasa dan kanak-kanak untuk menyaksikan Giant Panda di Conservation Complex ini memang agak mahal.

Secara keseluruhan, kawasan di Zoo Negara masih lagi berada dalam tahap yang tidak memuaskan. Banyak lagi rasanya yang perlu dipertingkatkan. Susunan track jalan kaki dan juga laluan tren atau kereta yang lalu lalang, memang menyusahkan pejalan kaki.

Anak-anak memang happy, tetapi tak la sampai happy sangat. Ini kerana peluang tengok Panda adalah terhad dan cuma boleh lihat sekali sahaja katanya. (Betul kan saya kalau saya silap). Gajah juga tidak kelihatan pada hari itu. Harimau dan singa memang jauh di dalam sarangnya.

Mungkin pihak Zoo Negara boleh fikirkan cara lain yang lebih bagus untuk kami sebagai pelancong sentiasa mahu datang ke Zoo Negara. Jangan sampai bila dah tiada orang nak ke Zoo Negara, baru nak fikir nak tarik pelancong untuk tengok Zirafah yang tak berapa sihat, Gajah yang kurus atau harimau yang cekeding.

Selamat berlibur ke Zoo Negara untuk yang akan ke sana.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468