Sudah seminggu MrJocko berterusan menggunakan Zespri Kiwifruit. Ia bersempena dengan Zespri Kiwifruit 14 Day Challenge.
Sudah pelbagai resipi buah kiwi yang MrJocko cuba, tetapi yang paling mudah, sedap dan sihat serta menjadi kesukaan sarapan pagi untuk anak-anak MrJocko ialah Resipi Oak Kiwi dan Epal.
Bagaimana cara nak buat Resipi Oak Kiwi dan Epal?
Untuk resipi Oak Kiwi dan Epal, anda cuma perlukan beberapa bahan yang mudah dan biasanya sudah biasa ada di bahagian dapur.
Bahan-Bahan
1. Satu Biji Buah Kiwi Zespri
2. Setengah Biji Buah Epal Hijau
3. Bijiran Oak Mengikut Citarasa Anda
4. Susu Segar
Cara Membuat
1. Tuangkan bijiran Oak ke dalam mangkuk.
2. Potong buah kiwi dan epal mengikut cara anda samada kepingan, hirisan atau di potong dadu. Masukkan dalam mangku hidangan.
3, Tuang susu segar mengikut citarasa anda.
4. Sarapan sihat, mudah dan sedap sudah sedia untuk dinikmati.
Anda boleh cuba menu ini bila-bila masa tak kira waktu. Cuma biasanya anak-anak MrJocko, Kakak Khalish dan Hasya suka makan menu ini sebelah pagi. Kalau biasanya, dua mangkuk pun mereka boleh habiskan.
Untuk anda yang dewasa, lebihkan buat kiwi untuk keperluan fiber dalam badan anda.
Selamat mencuba menu dan resipi Oak Kiwi dan Epal dari dapur MrJocko untuk ZespriMY dan Zespri 14 Day Challenge.