Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Pulau Mamutik Sabah : Pulau Cantik Di Sabah

$
0
0
Pulau Mamutik, ini kali pertama MrJocko sampai di pulau yang cantik di Sabah ini. Lokasi Pulau Mamutik ini hanya sekitar 20 minit perjalanan bot dari Jeti Jesselton Point, Kota Kinabalu. Tak la jauh sangat. Anda boleh naik dari Jeti Jesselton atau boleh guna bot persendirian.

Kami singgah di Pulau Mamutik hanya untuk makan tengahari. Plan asal memang kami nak snorkeling untuk kali terakhir, namun masa tak mengizinkan, sudah lewat kerana kami banyak guna masa di Pulau Sapi dan aktiviti Coral Flyer Zipline Pulau Gaya.





Pulau Mamutik Sabah : Pulau Cantik Di Sabah





Dari pemerhatian MrJocko, Pulau Mamutik ini lebih cantik dari Pulau Sapi dan Pulau Gaya. Nampak seperti di sini ramai juga pelancong asing singgah untuk makan tengahari dan snorkeling. Di kawasan Pulau Mamutik memang punyai banyak pantai yang landai dan coral batu karang yang masih cantik untuk aktiviti snorkeling dan selam scuba.

Pulau ini memang nampak cantik dari atas, seperti yang MrJocko tulis dalam entry sebelum ini. Ada dua pulau dan memang sangat cantik.







Kali ini kami tidak sempat nak terokai Pulau Mamutik. InsyaAllah kalau tiada aral melintang, MrJocko akan datang lagi dan akan snorkeling dan selam scuba di Pulau Mamutik.

Nampaknya, dari pemerhatian selama beberapa jam di Pulau Mamutik, di sini seperti tidak punya banyak aktiviti sukan air seperti Pulau Sapi dan Pulau Gaya. Jadi, kalau anda ke Pulau Mamutik, anda mungkin boleh fokus kepada mandi laut, snorkeling dan selam scuba.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468