Seperti biasa, kami sekeluarga saban tahun menyambut kedatangan Hari Raya AidilAdha dengan sederhana sahaja. Untuk hari raya korban, tak banyak kuih muih yang ada, melainkan menu wajib sahaja seperti Ketupat Palas dan juga nasi himpit.
Tahun ni juga, kami sekeluarga dapat berkumpul seperti biasa. Semua adik-beradik pulang ke kampung dan dapat sama-sama meriahkan lagi kedatangan Hari Raya AidilAdha
Ini sahaja gambar-gambar hari raya haji AidilAdha 1435 Hijriah tahun ini. Sederhana tetapi tetap meriah.
Bagaimana dengan hari raya AidilAdha anda???