Selama 4 hari 3 malam di Kota Kinabalu, banyak lokasi yang sempat MrJocko dan rakan media singgah termasuk lokasi snorkling yang memang ditunggu-tunggu iaitu Pulau Mantanani. Pulau Mantanani Sabah (Mantanani Island mempunyai beberapa pulau kecil tetapi yang utama ialah Mantanani Besar dan Mantanani Kecil.
Untuk ke lokasi Pulau Mantanani, anda harus menaiki jeti dari Kuala Ibai. Perjalanan dari Kuala Ibai menuju ke Pulau Mantanani mengambil masa sekitar 1 jam hingga 1 jam 30 minit bergantung kepada keadaan ombak.
Untuk ke Pulau Mantanani Sabah anda boleh dapatkan pakej dari Kota Kinabalu atau dari operator berlesen yang biasanya mengenakan charge sebanyak RM350 setiap seorang bagi pakej penuh dari Kota Kinabalu, transportation ke jeti, jeti ke Mantanani, snorkling dan juga makan tengahari. Untuk pakej diver atau menyelam scuba, anda boleh dapatkan pakej dari RM450 setiap seorang.
Snorkling Mantanani Island |
Snorkling Mantanani Island |
Snorkling Mantanani Island |
Mantanani Island di Sabah salah satu lokasi baru untuk pelancongan di Kota Kinabalu, Sabah dan ia semakin terkenal selepas Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Mamutik dan juga Pulau Manukan.
Kawasan sekeliling Pulau Mantanani Sabah masih lagi kekal asli dan ia dipelihara dengan baik oleh penghuni pulau termasuk beberapa keluarga yang menetap di Pulau Mantanani. Air lautnya yang masih hijau dan biru sangat cantik untuk aktiviti snorkeling dan juga selam scuba.
Untuk anda yang sukakan laut, pantai dan juga keindahan dasar laut, Mantanani Island Sabah, sudah pasti lokasi yang mesti anda lawati dalam masa terdekat ini. Untuk sementara waktu, anda hanya boleh pergi untuk pakej trip seharian dan tiada bermalam.
Resort baru yang sedang dalam pembinaan oleh pihak operator Touch Borneo sedang giat dijalankan dan dijangka akan siap pada awal tahun 2015.
Terima Kasi untuk penaja AirAsia yang menerbangkan kami Media ke Kota Kinabalu. #Sabah #AirAsia #GayaTravel #MajalahLIBUR