Sebenarnya dah lama MrJocko nak share isu seperti ini, isu berkenaan "Ada Pengiklan Tipu Blogger Dalam Pengiraan KLIK Banner" di dalam setiap blog, samada blogger baru atau blogger lama. Jika mendaftar dan menggunakan khidmat syarikat yang meminta anda meletakkan banner iklan mereka di blog anda menggunaka 'html code', anda mungkin ada peluang 'ditipu' oleh mereka.
MrJocko sendiri memang teruja untuk meletakkan banner iklan di blog, samada dalam bentuk leaderboard, sideboar atau size skyscraper. Ini kerana dulu target untuk mendapatkan komisen klik dari iklan yang tertera di blog kita. Namun, selepas berjumpa dengan beberapa kenalan yang otai dalam bidang Online dan Website Advertising, mereka berkongsi cerita bahawa ada banyak syarikat yang menggunakan blogger utk letak iklan, tetapi memanipulasikan jumlah klik iklan banner di blogger tersebut untuk keuntungan syarikat.
Ini adalah contoh-contoh banner iklan yang selalu digunakan dan diletakkan di blog hampir kesemua blogger guna dan ia antara saiz yang paling popular.
Tetapi, ramai yang mungkin akan perasan, jika UV daily blog mereka mencecah 1,000 - 5,000 UV sehari, masakan klik untuk banner iklan hanya satu atau dua dalam masa sehari??? Takkan la dalam sehari, 1,000 orang masuk membaca entry blog anda, hanya seorang yang klik???
contoh banner klik : Gambar Hiasan |
Dah ramai member yang perasan, tetapi tak tahu nak buat apa sebab mungkin ramai yang tak tahu. tetapi realitinya, ada syarikat yan gberkenaan, mengubah jumlah klik yang sepatutnya dan menurunkan jumlah tersebut untuk keuntungan syarikat mereka. Memang Ada Pengiklan Tipu Blogger Dalam Pengiraan 'KLIK Banner'
Syarikat mana yang buat macam tu? Biar la rahsia, sebab memang MrJocko tak ada bukti yang kukuh. Tetapi percaya lah, ada syarikat yang buat demikian. Dan anda akan rasa tertipu kerana kalau sehari ada 10 orang klik dan anda mungkin akan dapat RM5.00 dari hasil komisen tersebut, tetapi anda cuma dapat RM0.50 sen sahaja kerana ia sudah di ubah.
Berhati-hati dan sila semak atau pantau blog anda :)