Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Jeti Melaka River Cruise Di Taman Rempah, Melaka

$
0
0
First time MrJocko mencuba pengalaman menaiki bot Melaka River Criuse pada tahun 2012 . Masa tu MrJocko datang dan menginap di Best Western Riverside Hotel, Melaka selama 2 hari 1 malam. Masa tu kami datang satu keluarga dan memang sangat sesuai bercuti di Best Western Riverside Hotel dan juga menyusuri Sungai Melaka dengan Melaka River Cruise. 

Untuk kali ini, kami terpaksa ke Jeti Taman Tempah, Melaka untuk menaiki bot Melaka River Cruise kerana buat masa sekarang mereka hanya mengambil penumpang di Jeti Taman Rempah atau di Jeti Muara sahaja. Walaupun sepanjang Sungai Melaka ada banyak jeti kecil, anda terpaksa ke dua jeti tersebut jika ingin menaiki Melaka River Cruise.


Jeti Melaka Cruise Di Taman Rempah, Melaka

Jeti Melaka Cruise Di Taman Rempah, Melaka




Perjalanan menaiki Melaka River Cruise dari Jeti Taman Rempah ke Jeti Muara dan pusing balik ke Jeti Taman Rempah memakan masa selama 45 minit lebih kurang. Pendapat MrJocko, lebih baik anda menaiki trip sekitar jam 6.30 petang, untuk menikmati pemandangan Sungai Melaka di waktu petang dan pulang ke jeti dengan pemandangan matahari terbenam. Ia sesuatu yang menakjubkan.

Sepanjang Sungai Melaka, anda akan menikmati pemandangan hotel-hotel sekitar bandar Melaka, bangunan Heritage, Kincir Air, Hard Rock Cafe Melaka dan banyak lagi yang menarik. 

Untuk makluman, harga tiket Melaka River Cruise ialah RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak. Ia dibuka setiap hari dan beroperasi dari jam 9.00 pagi sehingga jam 11.30 malam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468