Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Pengalaman Guna Premium Flex AirAsia

$
0
0
MrJocko pernah kongsi entry tentang AirAsia Premium Flex beberapa minggu yang lepas. Mungkin ramai yang sudah tahu tentang kelebihan Premium Flex AirAsia ini. Ia sesuatu kemudahan yang anda boleh dapatkan bila menggunakan perkhidmatan AirAsia.
 
MrJocko berpeluang guna Premium Flex AirAsia untuk penerbangan dari Chiang Mai ke Kuala Lumpur. Kali ini pertama kali MrJocko berpeluang untuk memilih lokasi tempat duduk Priority dan juga tepi tingkap pesawat.
 
Untuk Premium Flex AirAsia juga MrJocko tak perlu beratur dan punya keutamaan untuk masuk ke pesawat terlebih dahulu, extra baggage percuma 20kg, priority baggage claim, peluang tukar flight tanpa sebarang bayaran tambahan selama 2 kali, kumpul mata BIG untuk RM1 = 1 points dan banyak lagi.
 
 
Premium Flex AirAsia
Premium Flex AirAsia
Premium Flex AirAsia
Premium Flex AirAsia
 
Pengalaman menggunakan Premium Flex AirAsia ini memang terbaik dan terasa dilayan seperti VIP. Ia umpama kelebihan yang anda dapat sebagai seorang yang penting dalam penerbangan pesawat AirAsia.
Jika anda memerlukan khidmat dan layanan servis VIP ketika menaiki pesawat AirAsia, MrJocko cadang tempah tiket penerbangan AirAsia bersama pakej Premium Flex AirAsia. Anda akan teruja dengan layanan Premium Flex AirAsia.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468