Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Pengalaman Terbang Menaiki Pesawat MAS Ke Bangkok

$
0
0
Sudah lama MrJocko tak naik pesawat MAS dan terbang menggunakan penerbangan rasmi Malaysia ini. Kali terakhir menaiki penerbangan MAS ialah ketika NSC Trip ke Phuket pada tahun 2011 yang dulu. Pergi dan balik menaiki penerbangan MAS dan ia memang pengalaman yang jarang-jarang MrJocko lalui.

Kali ini MrJocko terbang sekali lagi menggunakan penerbangan MAS dari KLIA menuju ke Bangkok sempena jemputan FAM Trip oleh pihak Central Department Store Ltd dan Mastercard. Trip 4 hari 3 malam ini akan bermula di Bangkok dan berakhir di Chiang Mai, Thailand.



Pengalaman Terbang Menaiki Pesawat MAS Ke Bangkok

Pengalaman Terbang Menaiki Pesawat MAS Ke Bangkok


Pengalaman Terbang Menaiki Pesawat MAS Ke Bangkok



Menu dalam penerbangan untuk kali ini, MrJocko diberi pilihan samada sandwich atau roti Tuna Mayo. Semestinya MrJocko pilih untuk Tuna Mayo sebab MrJocko tak suka makan Sandwich. Ada tambahan air oren dan juga plain water. Untuk hidangan menu atas flight MAS, secara peribadi MrJocko kira average, sebab ada 2 pilihan sahaja dan yang ringan-ringan sahaja. Kalau dapat makan berat sikit bagus juga sebab flight kami masa tu berlepas jam 9.10 pagi waktu Malaysia.

Namun yang agak menarik, kali ini ada entertainment dalam flight samada anda boleh memilih menonton movie, mendengar muzik, drama, bermain game dan banyak lagi. Untuk penerbangan selama hampir 2 jam ke Bangkok, memang tidak akan membosankan anda. 






Untuk pendaratan di Airport Bangkok, ia antara pendaratan penerbangan yang kurang memuaskan. Bergegar jugak la flight ketika mencecah tanah. Tak smooth seperti biasa. Walau apa pun, semua selamat dan bukannya satu masalah besar, hanya ketidakseimbangan masa pendaratan sahaja.

Satu yang MrJocko sangat berpuas hati, layanan Pramugara dan Pramugari bertugas sangat memuaskan. Tidak nampak seorang pun anak kapal MAS ini yang sombong atau susah senyum. Semuanya memberikan khidmat layanan terbaik. Peramah dan sangat membantu. Thumbs up.

Mungkin selepas ini MrJocko nak cuba menaiki penerbangan MAS atau Malaysian Airlines menuju ke destinasi yang lebih dari 8 jam. Terasa nak naik Flight Boeing 777 yang besar. Harap lepas ni ada peluang FAM Trip ke Europe menaiki MAS.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468