Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Berapa Bajet Kos Travel Ke Tokyo 5 Hari 4 Malam

$
0
0
Antara feedback yang banyak MrJocko terima dari entry Trip ke Tokyo pada tahun 2012 ialah 'Berapa bajet untuk travel ke Tokyo?' Jawapan MrJocko, ia bergantung kepada pakej yang anda mahu samada free and easy, sightseeing atau anda nak full tour ground. Kalau masa trip ke Tokyo tahun 2012, MrJocko ikut group Full Package, Full Board termasuk flight KL - Narita pergi dan balik, hotel, makan minum, sightseeing dan ground arrangement sehingga ke Owakudani Hell Valley. Pakej trip ke Tokyo kami 5 hari 4 malam sekitar RM6,500 pax.





Rezeki kami, kami berpeluang menginap selama 3 malam di Tokyo Dome Hotel yang memang awesome dan terbaik di Tokyo. Harga bilik di sini bermula dari RM500++ . Ia antara hotel 5 bintang yang ada di Tokyo dan sediakan banyak fasiliti terbaik sebah hotel yang berprestij.

Tetapi jangan risau, di Tokyo masih banyak lokasi hotel bajet yang menarik. Saya di maklumkan, harga bilik boleh disewa dengan kadar sekitar RM150 semalam. Kalau anda rajin, anda boleh cari Guest House atau Home Stay di Tokyo.

Untuk trip pusing-pusing bandar di Tokyo, jangan sesekali guna Teksi di Tokyo. Ini kerana, kadar bayaran Teksi di Tokyo sangat lah mahal, Lagi bagus dan efektif anda guna LRT, MRT atau Shinkansen kalau mahu. 

Jika anda nak ke kaki Gunung Fuji atau ke Owakudani Hell Valley seperti yang MrJocko lawat, sudah pasti anda perlukan kos ekstra.






Kalau anda cuma nak travel budget sekitar Tokyo, banyak lokasi yang boleh anda lawati di kotaraya besar seperti Tokyo ini. Antaranya ialah Shinjuku Street yang memang happening dan 'kota yang tidak pernah tidur', Ueno Street di mana terdapatnya pasar harian dan Hard Rock Cafe, Ginza Street, Universal Studio Tokyo dan banyak lagi.








Makanan di Tokyo mungkin agak susah kalau kita tak survey awal-awal. Tetapi, di Tokyo sebenarnya banyak makanan yang boleh anda makan, tetapi perlu dipilih secara berhati-hati. Ini kerana banyak asas makanan di Jepun adalah berasaskan lemak tumbuhan dan hampir tiada menggunakan lemak haiwan. 

Nak mudah, kalau anda ke kedai serbaneka di Tokyo, cuba cari Onigiri, nasi kepal Jepun. Kebanyakkan menu Onigiri adalah berasaskan ikan, sotong, udang dan jarang mempunyai lemak haiwan seperti ayam, daging etc. Pun begitu, anda kena pilih betul-betul Onigiri supaya tidak tersalah pilih. Satu Onigiri biasanya berharga sekitar RM3 dan boleh bertahan sekitar 2 hari

Untuk menu makan seperti tempura dan set bento lain, harga sekitar RM60 bagi set hidangan. Kalau di Ueno Street, ada banyak Kebab Halal. Di Shinjuku juga ada beberapa gerai jual Kebab Halal.





Untuk anda yang nak travel lebih jimat, anda mungkin boleh follow atau jadikan entry Retna ini sebagai panduan. Trip dari Osaka ke Tokyo dengan keterangan bajet perjalanan yang details dan terbaik. Banyak yang boleh anda jimat.

Memang Tokyo dulu adalah salah satu lokasi kotaraya yang termahal dan mempunyai kos sara hidup yang tinggi. Namun, kalau anda pandai mengatur perjalanan dan sanggup menginap di hotel biasa-biasa, anda tidak perlu bayar kos yang mahal.

Anggaran MrJocko untuk bajet travel murah ke Tokyo seperti berikut :
Flight AirAsia : KL - Haneda - KL = RM800
Hotel RM150 x 4 = RM600
Transportation - Untuk 4 hari = RM500 
Makan Minum Untuk 5 hari - RM50 x 3 x 5 = RM750
Entry Ticket Universal Studio = RM200
Gifs = RM500
Lain - lain = RM300

Total RM3,650

Ini adalah anggaran kasar sahaja. Jika anda ke sana berkumpulan, sudah pasti anda boleh jimat. Jadi, siapa kata tak boleh bajet kos travel ke Tokyo??? Anda cuma perlu buat research lebih dan dapatkan rate terbaik.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468