Hujung minggu lepas MrJocko dijemput untuk hadiri Food Art Workshop anjuran Zespri bertempat di Marmalade Publika. Kali ini, pihak Zespri Kiwifruit menjemput artis Food Art yang hebat di Malaysia iaitu Samantha Lee, Instagram Star. Samantha memang terkenal dengan koleksi food art yang cantik di Instagram beliau @leesamantha
Food Art Workshop kali ini dihadiri bersama dengan pemenang-pemenang yang telah dipilih melalui Peraduan Facebook Zespri Kiwifruit beberapa minggu yang lepas. Kami didedahkan dengan kepentingan pemakanan yang sihat dan cara-cara untuk menggalakkan dan mendidik anak-anak supaya biasakan diri dengan memakan makanan yang sihat.
Kanak-kanak memang agak susah untuk belajar makan sayur, oat, buah dan makanan sihat yang lain. Jadi Zespri Kiwifruit mengambil inisiatif untuk memperkenalkan lagi konsep Food Art dalam makanan kanak-kanak supaya mereka teruja setiap kali tiba waktu makan.
Kami bertuah kali ini sebab pakar pemakanan dan juga wakil dari Zespri Kiwifruit berkongsi maklumat dan idea tentang cara-cara penyediaan makanan yang sihat serta kelebihan buah Kiwi yang ramai tidak tahu. Rupanya buah kiwi punyai kelebihan Vitamin C yang 3x lebih berbanding buah oren serta 10x lebih nutrisi dari buah epal.
Kali ini, kami berpeluang belajar membuat food art dalam workshop yang dibimbing oleh Samantha Lee. Lihat sahaja apa yang MrJocko buat dengan kombinasi Buah Kiwi Zespri ini dan dijadikan menu makanan untuk minum petang untuk my kids. Camana, cantik dan menarik tak???
Untuk kelebihan buah kiwi Zespri, anda boleh layari laman web ZESPRI atau laman Fanpage Zespri Malaysia. Mereka mempunyai banyak jenis buah kiwi termasuk Green Kiwi, Sungold Kiwi dan Organic Kiwi.
Berminat dengan food art Samantha Lee? Boleh ke laman Fanpage beliau Samantha Lee Fanpage