Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all 1468 articles
Browse latest View live

Fly Me To Krabi With DiGi & Malindo Air!

$
0
0
DiGi Telco, Malindo Air dan juga Asia Web Direct sedang menganjurkan peraduan "Fly Me To Krabi With DiGi & Malindo Air!" di mana 3 blogger terbaik akan dipilih untuk menjadi pemenang dan berpeluang menikmati pengalaman percutian menarik ke Krabi bersama-sama penerbangan Malindo Air. Bukan itu saja, pemenang akan menikmati penginapan percuma selama 3 hari 2 malam di Mercure Krabi Deewana, salah satu hotel terbaik dan hotel partner Asia Web Direct.




Fly Me To Krabi With DiGi & Malindo Air!


Krabi sememangnya satu lokasi percutian Pantai yang memang MrJocko impikan selama ini. Di Krabi, ada banyak lokasi pantai yang terkenal di Krabi seperti Ao Nang Beach dan juga Railay Beach. Pemandangan pantai dan persisir laut kat sini sangat la cantik.

Sebelum ini MrJocko memang selalu memilih percutian yang ada pantai dan laut. Sebab itu, MrJocko pernah ke Kota Kinabalu, Kuching, Semporna, Pulau Perhentian, Phuket, Gold Coast dan banyak lagi lokasi pantai, semata-mata untuk menikmati pengalaman bercuti di pantai terbaik di Malaysia dan luar negara.


Fly Me To Krabi with DiGi and Malindo Air


Fly Me To Krabi with DiGi and Malindo Air

Fly Me To Krabi with DiGi and Malindo Air



Ada banyak aktiviti yang boleh kita buat di pantai selain mandi manda. Bagi yang nak aktiviti santai lain, mungkin boleh berjalan menyusur pantai, menaiki kuda, menungga ATV, bermain layang-layang dan bayak lagi aktiviti sukan air yang ada. 

Bagi pemenang contest Fly Me To Krabi With DiGi & Malindo Air, mereka juga akan menerima pakej DiGi Roaming selama 3D tersebut ditaja oleh DiGi Telco. Wow!!! MrJocko dah lama guna DiGi Postpaid dan juga DiGi Postpaid Plan For Tablet. Pengalaman MrJocko guna DiGi Roaming ketika di Taipei, Taiwan memang terbaik. Pakej DiGi Postpaid Roaming ke Taiwan memang mudah dan berbaloi-baloi. 24 jam boleh guna Internet dengan hanya RM32/sehari. Terbaik dan memuaskan.




Dengan DiGi Postpaid atau Prepaid Roaming package ini, anda boleh sentiasa berhubung dengan Fabebook, Whatsapp, Instagram, Twitter dan juga segala social media yang anda ada. Mudah berkongsi aktiviti dan gambar anda bersama kawan-kawan di Malaysia.

Kalau di lihat dari laman web Mercure Krabi Deewana, sememangnya hotel ini memang punyai tarikan yang sangat menarik. Lokasi hotel yang strategik, bilik yang cantik, kolam mandi yang sangat menarik serta kemudahan hotel yang pelbagai. Kalau dapat bercuti di Mercure Krabi Deewana, sememangnya ia impian percutian terbaik di Krabi, Thailand.


Mercure Krabi Deewana Hotel, Krabi, Thailand

Mercure Krabi Deewana Hotel, Krabi, Thailand

Mercure Krabi Deewana Hotel, Krabi, Thailand


Sudah pasti MrJocko sendiri sangat teruja kalau dapat percutian ke Krabi bersama peraduan Fly Me To Krabi With DiGi & Malindo Air! Tak pernah lagi MrJocko berpeluang menaiki pesawat Malindo Air yang dikatakan punyai keistimewaan tersendiri. Bila terbang dengan pesawat Malindo Air, anda diberi kelebihan seperti pesawat baru, hidangan menu atas penerbangan PERCUMA, Hiburan tayangan filem, music dan game PERCUMA,  serta bagasi percuma dari 20kg bagi setiap penumpang.




Wah! Anda pasti akan berpuas hati sepanjang penerbangan dari Subang ke Krabi dengan penerbangan Malindo Air.

Nampaknya, peraduan Fly Me To Krabi With DiGi & Malindo Air ini menarik minat MrJocko. Ia sesuatu yang menarik dan rugi kalau dilepaskan. Bayangkan jika anda berpeluang ke Krabi dengan pakej yang di sediakan oleh DiGi dan Malindo Air ini ditambah dengan penginapan terbaik dari Asia Web Direct, ia sudah pasti sesuatu yang terbaik untuk sesiapa sahaja.

Masih sempat lagi untuk anda sertai Fly Me To Krabi With DiGi & Malindo Air! ini. Peraduan bermula 31 Ogos 2014 dan akan tamat pada 4 September 2014. Cepat sertai contest Fly Me To Krabi With DiGi & Malindo Air! dan anda mungkin memenangi TRIP Percuma ditaja sepenuhnya oleh DiGi, Malindo Air serta Asia Web Direct.


Food Art Workshop Oleh Lee Samantha Dan Zespri Kiwifruit

$
0
0
Hujung minggu lepas MrJocko dijemput untuk hadiri Food Art Workshop anjuran Zespri bertempat di Marmalade Publika. Kali ini, pihak Zespri Kiwifruit menjemput artis Food Art yang hebat di Malaysia iaitu Samantha Lee, Instagram Star. Samantha memang terkenal dengan koleksi food art yang cantik di Instagram beliau @leesamantha





Food Art Workshop kali ini dihadiri bersama dengan pemenang-pemenang yang telah dipilih melalui Peraduan Facebook Zespri Kiwifruit beberapa minggu yang lepas. Kami didedahkan dengan kepentingan pemakanan yang sihat dan cara-cara untuk menggalakkan dan mendidik anak-anak supaya biasakan diri dengan memakan makanan yang sihat.

Kanak-kanak memang agak susah untuk belajar makan sayur, oat, buah dan makanan sihat yang lain. Jadi Zespri Kiwifruit mengambil inisiatif untuk memperkenalkan lagi konsep Food Art dalam makanan kanak-kanak supaya mereka teruja setiap kali tiba waktu makan.







Kami bertuah kali ini sebab pakar pemakanan dan juga wakil dari Zespri Kiwifruit berkongsi maklumat dan idea tentang cara-cara penyediaan makanan yang sihat serta kelebihan buah Kiwi yang ramai tidak tahu. Rupanya buah kiwi punyai kelebihan Vitamin C yang 3x lebih berbanding buah oren serta 10x lebih nutrisi dari buah epal.






Kali ini, kami berpeluang belajar membuat food art dalam workshop yang dibimbing oleh Samantha Lee. Lihat sahaja apa yang MrJocko buat dengan kombinasi Buah Kiwi Zespri ini dan dijadikan menu makanan untuk minum petang untuk my kids. Camana, cantik dan menarik tak???






Untuk kelebihan buah kiwi Zespri, anda boleh layari laman web ZESPRI atau laman Fanpage Zespri Malaysia. Mereka mempunyai banyak jenis buah kiwi termasuk Green Kiwi, Sungold Kiwi dan Organic Kiwi. 

Berminat dengan food art Samantha Lee? Boleh ke laman Fanpage beliau Samantha Lee Fanpage

Berapa Bajet Kos Travel Ke Tokyo 5 Hari 4 Malam

$
0
0
Antara feedback yang banyak MrJocko terima dari entry Trip ke Tokyo pada tahun 2012 ialah 'Berapa bajet untuk travel ke Tokyo?' Jawapan MrJocko, ia bergantung kepada pakej yang anda mahu samada free and easy, sightseeing atau anda nak full tour ground. Kalau masa trip ke Tokyo tahun 2012, MrJocko ikut group Full Package, Full Board termasuk flight KL - Narita pergi dan balik, hotel, makan minum, sightseeing dan ground arrangement sehingga ke Owakudani Hell Valley. Pakej trip ke Tokyo kami 5 hari 4 malam sekitar RM6,500 pax.





Rezeki kami, kami berpeluang menginap selama 3 malam di Tokyo Dome Hotel yang memang awesome dan terbaik di Tokyo. Harga bilik di sini bermula dari RM500++ . Ia antara hotel 5 bintang yang ada di Tokyo dan sediakan banyak fasiliti terbaik sebah hotel yang berprestij.

Tetapi jangan risau, di Tokyo masih banyak lokasi hotel bajet yang menarik. Saya di maklumkan, harga bilik boleh disewa dengan kadar sekitar RM150 semalam. Kalau anda rajin, anda boleh cari Guest House atau Home Stay di Tokyo.

Untuk trip pusing-pusing bandar di Tokyo, jangan sesekali guna Teksi di Tokyo. Ini kerana, kadar bayaran Teksi di Tokyo sangat lah mahal, Lagi bagus dan efektif anda guna LRT, MRT atau Shinkansen kalau mahu. 

Jika anda nak ke kaki Gunung Fuji atau ke Owakudani Hell Valley seperti yang MrJocko lawat, sudah pasti anda perlukan kos ekstra.






Kalau anda cuma nak travel budget sekitar Tokyo, banyak lokasi yang boleh anda lawati di kotaraya besar seperti Tokyo ini. Antaranya ialah Shinjuku Street yang memang happening dan 'kota yang tidak pernah tidur', Ueno Street di mana terdapatnya pasar harian dan Hard Rock Cafe, Ginza Street, Universal Studio Tokyo dan banyak lagi.








Makanan di Tokyo mungkin agak susah kalau kita tak survey awal-awal. Tetapi, di Tokyo sebenarnya banyak makanan yang boleh anda makan, tetapi perlu dipilih secara berhati-hati. Ini kerana banyak asas makanan di Jepun adalah berasaskan lemak tumbuhan dan hampir tiada menggunakan lemak haiwan. 

Nak mudah, kalau anda ke kedai serbaneka di Tokyo, cuba cari Onigiri, nasi kepal Jepun. Kebanyakkan menu Onigiri adalah berasaskan ikan, sotong, udang dan jarang mempunyai lemak haiwan seperti ayam, daging etc. Pun begitu, anda kena pilih betul-betul Onigiri supaya tidak tersalah pilih. Satu Onigiri biasanya berharga sekitar RM3 dan boleh bertahan sekitar 2 hari

Untuk menu makan seperti tempura dan set bento lain, harga sekitar RM60 bagi set hidangan. Kalau di Ueno Street, ada banyak Kebab Halal. Di Shinjuku juga ada beberapa gerai jual Kebab Halal.





Untuk anda yang nak travel lebih jimat, anda mungkin boleh follow atau jadikan entry Retna ini sebagai panduan. Trip dari Osaka ke Tokyo dengan keterangan bajet perjalanan yang details dan terbaik. Banyak yang boleh anda jimat.

Memang Tokyo dulu adalah salah satu lokasi kotaraya yang termahal dan mempunyai kos sara hidup yang tinggi. Namun, kalau anda pandai mengatur perjalanan dan sanggup menginap di hotel biasa-biasa, anda tidak perlu bayar kos yang mahal.

Anggaran MrJocko untuk bajet travel murah ke Tokyo seperti berikut :
Flight AirAsia : KL - Haneda - KL = RM800
Hotel RM150 x 4 = RM600
Transportation - Untuk 4 hari = RM500 
Makan Minum Untuk 5 hari - RM50 x 3 x 5 = RM750
Entry Ticket Universal Studio = RM200
Gifs = RM500
Lain - lain = RM300

Total RM3,650

Ini adalah anggaran kasar sahaja. Jika anda ke sana berkumpulan, sudah pasti anda boleh jimat. Jadi, siapa kata tak boleh bajet kos travel ke Tokyo??? Anda cuma perlu buat research lebih dan dapatkan rate terbaik.

Isu File Dalam iCloud Kena Hacked

$
0
0
Kebelakangan ini, ada banyak isu gambar-gambar bogel artis antarabangsa yang disimpan di dalam iCloud dikhabarkan kena godam (hacked) oleh hackers yang tidak bertanggungjawab. Kebanyakkan gambar-gambar private dan bogel artis wanita ini dikatakan diambil dari file iCloud selepas digodam baru-baru ini.

Sekarang timbul isu, selamatkah lagi file yang di simpan di dalam iCloud? Bagaimana nasib pengguna Apple yang sememangnya selalu menggunakan khidmat simpan data gambar, video dan fail lain di dalam iCloud.

Ini sedikit statement dari member MrJocko, pakar Smartphone dan Social Media.



icloud kena hacked gambar bogel




MrJocko ada punyai iPad Mini dan MacBook Air, dua-dua ada auto sync dan simpan dalam file iCloud MrJocko. Namun setakat ini, masih boleh dipercayai sebab MrJocko tak ada gambar bogel atau video bogel yang perlu disembunyikan.

Jadi kalau anda ada snap gambar bogel dan video bogel, apa perasaan anda bila ia tersimpan di dalam iCloud dan ia mungkin di godam??? Mungkin kah gambar bogel dan video bogel anda juga telah dicuri oleh penggodam tersebut???

p/s : Pengajaran : Tak payah la nak ambik gambar bogel sendiri dan simpan dalam smartphone iPhone, iPad atau Macbook.

Peraduan 'Kenapa Saya Perlu Baca Majalah Libur' : Menang Trip Ke Medan

$
0
0


Salam Bloggers,

Berita baik kepada semua blogger yang berminat untuk terbang ke Medan, Indonesia bersama-sama Majalah LIBUR dan segala perbelanjaan Penerbangan KL - Medan - KL, Penginapan, Makan Minum ditaja sepenuhnya.

Syarat Dan Terma Peraduan
1. Terbuka kepada Blogger Malaysia Sahaja.
2. Publish satu (1) Entry Bertajuk 'Kenapa Saya Perlu Baca Majalah Libur'
3. Entri Mestilah Sekurang-kurangnya Mempunyai Minima 200 Patah Perkataan Dan Tiada Had Maksima.
4. Pemenang Akan Berdasarkan 2 Kriteria Mudah iaitu :
a) Entri Yang Kreatif 
b) Punya Nilai Keaslian Penulisan
c) Mesti sertakan dengan "Peraduan Ini Anjuran Bersama Blooggers Media dan Majalah Libur Karangkraf"
5. Hadiah Tidak Boleh Di Tukar Kepada Wang Tunai
6. Keputusan Adalah Muktamad


Lake Toba, Medan


Hadiah
Seorang (1) Pemenang bertuah akan di bawa menyertai Majalah LIBUR Trip To Medan : Lake Toba Festival 2014 pada 15 September 2014 - 19 September 2014 dan akan muncul dalam Majalah LIBUR Edisi Disember 2014. Kos Penerbangan, Penginapan, Makan Minum akan ditaja SEPENUHNYA. 

Cepat, cari idea sekarang dan garap coretan entry di blog anda untuk memenangi hadiah terbaik ini!!!

Peraduan bermula Rabu, Jam 11.00 Malam, 03 September 2014 dan TAMAT pada Ahad, 12.00 Tengahari, 07 September 2014.

Email permalink entry anda kepada : blooggers@yahoo.com dan kahiri78@yahoo.com dan entry yang di terima sebelum 12.00 tengahari pada 07 September 2014 sahaja akan di ambil kira. Pemenang akan dihubungi melalui email dan telefon pada Ahad, 07 September 2014.

Peraduan ini adalah anjuran bersama Blooggers Media dan Majalah LIBUR.

Terima kasih
MrJocko

Kembara FAM Trip Ke Bangkok Chiang Mai 4 Hari 3 Malam Teaser

$
0
0

FAM Trip Thailand datang lagi, kali ini MrJocko dijemput oleh pihak Majalah Libur ke FAM Trip Bangkok dan Chiang Mai. Selama 4 hari 3 malam, MrJocko akan bersama-sama dengan rakan media berkongsi lokasi tempat percutian menarik di Bangkok dan Chiang Mai.

Entry ini ditaip Live dari tempat penginapan MrJocko di Central World Bangkok. Baru berkesempatan untuk kongsi sedikit info di blog.

 

 

Jadual hari ni agak padat dengan lawatan ke Central World Bangkok dan kemudian dinner di River Cruise sekitar Bangkok. InsyaAllah MrJocko akan kongsi tentang pengalaman trip ke Bangkok dan Ching Mai secara terperinci nanti di Majalah Libur dan Blog MrJocko.

Untuk info dan live updates aktiviti MrJocko boleh layari Facebook MrJocko, Instagram dan Twitter @MrJocko

Off dulu yer,,,

 

Hotel Terbaik Di Bangkok : Centara Grand Bangkok

$
0
0
Morning Bangkok! Kali ini MrJocko kongsi Live Update dari bilik hotel Centara Grand Central World, Bangkok. Peluang menginap di salah satu hotel yang terbaik di Bangkok memang sesuatu yang mengujakan.
 
Di Centara Grand Central World, lobby dan kaunter utama pendaftaran Check in dan Check out berada di tingkat 23. View kat sini dah memang cantik. Selepas pendaftaran, baru anda menaiki lift menuju bilik masing-masing.
 
 
 
Kali ini MrJocko diberikan bilik di tingkat 40 dan menghadap bandar Bangkok yang cantik. Bilik Deluxe World ini mempunyai satu katil bersaiz Queen, meja dan kerusi membaca, almari, mini bar, kerusi rehat dan bilik air dan tab mandi yang luas. Memang hotel terbaik la,,,
 

 

Semestinya setiap bilik dilengkapi dengan TV dan channel antarabangsa. Untuk harga bilik Deluxe World seperti yang MrJocko inap ini berharga sekitar RM350 untuk pakej 2 hari 1 malam bersama 2 pax sarapan pagi.

Di Centara Grand ada pelbagai kemudahan seperti bilik single, double, family malah suite terbaik. Ada kemudahan fitness centre, spa, swimming pool, sky bar di tingkat 55 yang menyediakan pemandangan cantik seluruh Bangkok dan banyak lagi.

Jadi kalau anda cari hotel terbaik dan cantik di Bangkok, anda mesti cuba untuk rasai pengalaman di Centara Grand Central World Bangkok. Terima kasih buat Mastercard dan Central Department Store Limited atas tajaan penginapan MrJocko kali ini. Mesti akan ke sini lagi untuk trip ke Bangkok.

 

Fitness Centre Di Centara Grand Hotel Bangkok

$
0
0

Antara yang MrJocko suka buat jika menginap di hotel ialah merasai pengalaman di Fitness Centre. Setiap hotel punya konsep fitness centre yang berbeza.

Di Fitness Centre Di Centara Grand Bangkok, ia mempunyai fitness centre di tingkat 26 dan bersebelahan dengan spa dan kolam mandi.

 

Fitness Centre Di Centara Grand Hotel Bangkok
Fitness Centre Di Centara Grand Hotel Bangkok
Fitness Centre Di Centara Grand Hotel Bangkok
 
MrJocko sempat jog selama 15 minit dan walking untuk 10 minit sebelah pagi tadi sebelum sarapan. Masuk fitness centre jam 8.15am dan keluar jam 9.00am. Nak lepak lama dalam tu tak sempat sebab perlu check out jam 9.30am.
 
Ada la 6-7 hotel guest yang ada di fitness centre untuk jog, walking, angkat berat dan ada yang cycling. Nampaknya fitness centre ni tak la kosong sangat seperti fitness centre hotel di Seoul, pada bulan Mei lepas.
 
Oleh kerana jadual agak ketat dan sehari sahaja di Bangkok, tak sempat nak cuba bilik steam bath dan kolam mandi kat Centara Grand Hotel. Kalau ada rezeki lagi, InsyaAllah nak cuba.
 

 


Facetime Dengan My Kids : Cara Mudah Berhubung

$
0
0

 

Alhamdulillah, semalam sampai jer di Le Meridien Hotel Chiang Mai, MrJocko call my kids untuk bertanya khabar. Cara paling best bila guna Facetime. Kat sini MrJocko guna iPad Mini dan kat rumah, Malaysia, guna Macbook Air.

Sebab line WiFi kat sini bagus, rasanya penerimaan dua-dua hala sangat bagus. Suara clear sangat, cuma gambar MyKids tak berapa sangat nak jelas.

Tapi tak apa, ini sahaja cara best nak buat Video Calling bila guna Facetime, Apps dari iOS Apple ini... Dapat la borak lama-lama...

 

 

 

Kopi Sedap Di Chiang Mai Doppio Ristr8to

$
0
0

Pengalaman pertama melancong ke Chiang Mai, MrJocko diberitahu bahawa di sini, kopi ialah minuman yang semakin terkenal setelah banyak cafe atau kedai kopi pelbagai jenama dibuka disekitar bandar Chiang Mai.

Antara kopi yang paling terkenal di Chiang Mai ialah Doppio Ristr8to yang terletak di Central Festival Mall. Coffee outlet ini terletak di tingkat 1 dan berhadapan dengan KFC outlet.

Doppio terkenal dalam kepakaran kopi panggang dan sudah punyai cawangan di Jepun, San Francisco dan juga Australia. Kalau anda nak tahu, Doppio adalah salah satu jenama yang pernah beberapa kali menang award dalam 'Coffee Art' di peringkat antarabangsa.

Kopi Sedap Di Chiang Mai Doppio ini memang mempunyai banyak menu yang anda boleh pilih dari coffee latte, cappucino, americano dan banyak lagi. Anda boleh customize minuman Kopi Sedap Doppio ini mengikut citarasa anda samada sejuk atau panas.

MrJocko sendiri baru mencuba menu Coffee Latte dan juga Cappuccino. Memang hidangan kat Doppio Cafe ini memang sangat menarik dengan art yang dibuat menggunakan buih kopi. Rasanya pulak semestinya memang sedap,,,

Kalau anda ke Chiang Mai, boleh singgah di Central Festival dan cuba menu kopi di Doppio Ristr8to ini. Memang sedap Kopi Doppio Di Chiang Mai.


Kopi Sedap Di Chiang Mai Doppio

 

Kopi Sedap Di Chiang Mai Doppio

Pengalaman Terbang Menaiki Pesawat MAS Ke Bangkok

$
0
0
Sudah lama MrJocko tak naik pesawat MAS dan terbang menggunakan penerbangan rasmi Malaysia ini. Kali terakhir menaiki penerbangan MAS ialah ketika NSC Trip ke Phuket pada tahun 2011 yang dulu. Pergi dan balik menaiki penerbangan MAS dan ia memang pengalaman yang jarang-jarang MrJocko lalui.

Kali ini MrJocko terbang sekali lagi menggunakan penerbangan MAS dari KLIA menuju ke Bangkok sempena jemputan FAM Trip oleh pihak Central Department Store Ltd dan Mastercard. Trip 4 hari 3 malam ini akan bermula di Bangkok dan berakhir di Chiang Mai, Thailand.



Pengalaman Terbang Menaiki Pesawat MAS Ke Bangkok

Pengalaman Terbang Menaiki Pesawat MAS Ke Bangkok


Pengalaman Terbang Menaiki Pesawat MAS Ke Bangkok



Menu dalam penerbangan untuk kali ini, MrJocko diberi pilihan samada sandwich atau roti Tuna Mayo. Semestinya MrJocko pilih untuk Tuna Mayo sebab MrJocko tak suka makan Sandwich. Ada tambahan air oren dan juga plain water. Untuk hidangan menu atas flight MAS, secara peribadi MrJocko kira average, sebab ada 2 pilihan sahaja dan yang ringan-ringan sahaja. Kalau dapat makan berat sikit bagus juga sebab flight kami masa tu berlepas jam 9.10 pagi waktu Malaysia.

Namun yang agak menarik, kali ini ada entertainment dalam flight samada anda boleh memilih menonton movie, mendengar muzik, drama, bermain game dan banyak lagi. Untuk penerbangan selama hampir 2 jam ke Bangkok, memang tidak akan membosankan anda. 






Untuk pendaratan di Airport Bangkok, ia antara pendaratan penerbangan yang kurang memuaskan. Bergegar jugak la flight ketika mencecah tanah. Tak smooth seperti biasa. Walau apa pun, semua selamat dan bukannya satu masalah besar, hanya ketidakseimbangan masa pendaratan sahaja.

Satu yang MrJocko sangat berpuas hati, layanan Pramugara dan Pramugari bertugas sangat memuaskan. Tidak nampak seorang pun anak kapal MAS ini yang sombong atau susah senyum. Semuanya memberikan khidmat layanan terbaik. Peramah dan sangat membantu. Thumbs up.

Mungkin selepas ini MrJocko nak cuba menaiki penerbangan MAS atau Malaysian Airlines menuju ke destinasi yang lebih dari 8 jam. Terasa nak naik Flight Boeing 777 yang besar. Harap lepas ni ada peluang FAM Trip ke Europe menaiki MAS.

Pengalaman Guna Premium Flex AirAsia

$
0
0
MrJocko pernah kongsi entry tentang AirAsia Premium Flex beberapa minggu yang lepas. Mungkin ramai yang sudah tahu tentang kelebihan Premium Flex AirAsia ini. Ia sesuatu kemudahan yang anda boleh dapatkan bila menggunakan perkhidmatan AirAsia.
 
MrJocko berpeluang guna Premium Flex AirAsia untuk penerbangan dari Chiang Mai ke Kuala Lumpur. Kali ini pertama kali MrJocko berpeluang untuk memilih lokasi tempat duduk Priority dan juga tepi tingkap pesawat.
 
Untuk Premium Flex AirAsia juga MrJocko tak perlu beratur dan punya keutamaan untuk masuk ke pesawat terlebih dahulu, extra baggage percuma 20kg, priority baggage claim, peluang tukar flight tanpa sebarang bayaran tambahan selama 2 kali, kumpul mata BIG untuk RM1 = 1 points dan banyak lagi.
 
 
Premium Flex AirAsia
Premium Flex AirAsia
Premium Flex AirAsia
Premium Flex AirAsia
 
Pengalaman menggunakan Premium Flex AirAsia ini memang terbaik dan terasa dilayan seperti VIP. Ia umpama kelebihan yang anda dapat sebagai seorang yang penting dalam penerbangan pesawat AirAsia.
Jika anda memerlukan khidmat dan layanan servis VIP ketika menaiki pesawat AirAsia, MrJocko cadang tempah tiket penerbangan AirAsia bersama pakej Premium Flex AirAsia. Anda akan teruja dengan layanan Premium Flex AirAsia.

 

7,916,000 MrJocko Google Plus Profile View

$
0
0

Setelah beberapa tahun menggunakan Google Plus, kini profile views untuk Google Plus MrJocko sudah mencapai angka 7,916,000 views. Banyak views yang datang ke Google Plus MrJocko datang dari blog www.mrjocko.com dan juga perkongsian artikel di Google Plus network.

 

Apa dia Google Plus?

Google Plus adalah satu platform rangkaian sosial untuk menemui dan berkongsi kandungan digital dengan rakan-rakan, keluarga dan rakan sekerja.

 

7,916,000 MrJocko Google Profile View

 

Kalau boleh, MrJocko nak target untuk capai 10 Juta Google Plus profile views akhir tahun 2014. Ada lebih kuran 2 Juta views lagi yang perlu MrJocko kumpul untuk capai matlamat itu.

Sudah pasti, nak dapatkan banyak views dengan perbanyakkan entry dan artikel di Google Plus.

 

Amaran Gempa Bumi 10.4 Skala Richter Dan Tsunami Hanya Latihan

$
0
0
Hari ni MrJocko dapat mesej dari group Whatsapp dan mereka berkongsi tentang amaran ini, Amaran Gempa Bumi 10.4 Skala Richter Dan Tsunami yang dikatakan terjadi di Indonesia. Makluman amaran Tsunami ini lebih kuat dipercayai apabila ia tertera datang dari Meteorologi Neger Kedah dan ada cop Balai Polis Kedah.

Amaran ini juga memberitahu bahaya gegaran akan diterima pada sekitar jam 2.20 petang waktu Malaysia.

Tapi selepas beberapa komen dan maklumat lain, ramai yang mengesahkan ini adalah satu latihan 'drill' bencana alam yang sedang berlaku di sebuah lokasi di Negeri Kedah. Mungkin ia dikongsi dan telah di salah ertikan oleh mereka yang tidak tahu cerita sebenar. 

Oleh yang demikian, rupanya Amaran Gempa Bumi 10.4 Skala Richter Dan Tsunami pada 9 September 2014 Hanya Latihan sahaja.



Pelancaran iPhone 6 Dan iPhone 6 Plus Serta Harga Oleh Apple

$
0
0
Ramai yang mungkin sedang mengikuti LIVE Streaming Pelancaran iPhone6 Dan iPhone6 Plus samada di Apple.com atau di link technology dan gajet berkaitan. Pelancaran iPhone6 Dan iPhone6 Plus ini disiarkan secara langsung dari Cupertino, California, United States of America. MrJocko turut sama menyaksikan pelancaran ini melalui Apple.com.


Pelancaran iPhone 6 Dan iPhone 6 Plus Dan Harga Oleh Apple


Pelancaran iPhone 6 Dan iPhone 6 Plus Dan Harga Oleh Apple



Apple kini dengan rasminya melancarkan dua model baru iaitu iPhone 6 dan iPhone 6 Plus. Antara ciri-ciri iPhone 6 ialah saiz 4.7", ketebalan 6.9mm antara produk iPhone yang paling nipis. Resolusi 1334 x 750 dengan 326 pixels setiap inci. Punyai lebih 720p untuk Retina Display. iPhone 6 punyai 1 juta pixels.

Antara ciri-ciri iPhone 6 ialah saiz 5.5", ketebalan 7.1mm antara produk iPhone yang paling nipis. Resolusi 1920 x 1080 dengan 401 pixels setiap inci. Punyai lebih 1080p untuk Retina Display. iPhone 6 punyai lebih 2 juta pixels.



Pelancaran iPhone 6 Dan iPhone 6 Plus Dan Harga Oleh Apple

Pelancaran iPhone 6 Dan iPhone 6 Plus Dan Harga Oleh Apple

Pelancaran iPhone 6 Dan iPhone 6 Plus Dan Harga Oleh Apple



Kedua-dua model iPhone 6 dan iPhone 6 Plus ini punya kelebihan 50x ganda kelajuan processor berbanding produk sebelumnya dan punyai 84x ganda grafik berbanding produk lama. Ia dilengkapkan dengan operating system iOS8. Punyai kelajuan 3x ganda WIFI dari iPhone 5S. Produk iPhone 6 boleh digunakan lebih dari 200 LTE yang ada seluruh dunia termasuk 3 di Negara China.



Pelancaran iPhone 6 Dan iPhone 6 Plus Dan Harga Oleh Apple



Kualiti gambar dari kamera iPhone 6 dan iPhone 6 Plus memang terbaik. Ia mempunyai ciri-ciri HD. Banyak kelebihan termasuk face detector dekat dan jauh dalam satu masa, image stabilization, smile detector, blinks, low light dan banyak lagi.






Ada banyak lagi info dalam Pelancaran iPhone 6 Dan iPhone 6 Plus dari Apple. Anda boleh layari laman web Apple.com untuk mengetahui lebih banyak maklumat tentang perlancaran smartphone iPhone 6 dan iPhone 6 Plus ini.

Teruja melihat pelancaran yang gilang gemilang ini. Harap satu hari nanti boleh sertai dan juga dapa satu unit iPhone 6 dan iPhone 6 Plus :)

Harga iPhone 6 United States of Amerika di jual dengan $199 (16GB), $299 (64GB) dan $399 (128GB).
Harga iPhone 6 Plus United States of Amerika di jual dengan $299 (16GB), $399 (64GB) dan $499 (128GB).
Harga iPhone 6 dan iPhone 6 Plus di Malaysia belum dikeluarkan secara rasmi.




Pelancaran iPhone 6 Dan iPhone 6 Plus Dan Harga Oleh Apple




Jeti Melaka River Cruise Di Taman Rempah, Melaka

$
0
0
First time MrJocko mencuba pengalaman menaiki bot Melaka River Criuse pada tahun 2012 . Masa tu MrJocko datang dan menginap di Best Western Riverside Hotel, Melaka selama 2 hari 1 malam. Masa tu kami datang satu keluarga dan memang sangat sesuai bercuti di Best Western Riverside Hotel dan juga menyusuri Sungai Melaka dengan Melaka River Cruise. 

Untuk kali ini, kami terpaksa ke Jeti Taman Tempah, Melaka untuk menaiki bot Melaka River Cruise kerana buat masa sekarang mereka hanya mengambil penumpang di Jeti Taman Rempah atau di Jeti Muara sahaja. Walaupun sepanjang Sungai Melaka ada banyak jeti kecil, anda terpaksa ke dua jeti tersebut jika ingin menaiki Melaka River Cruise.


Jeti Melaka Cruise Di Taman Rempah, Melaka

Jeti Melaka Cruise Di Taman Rempah, Melaka




Perjalanan menaiki Melaka River Cruise dari Jeti Taman Rempah ke Jeti Muara dan pusing balik ke Jeti Taman Rempah memakan masa selama 45 minit lebih kurang. Pendapat MrJocko, lebih baik anda menaiki trip sekitar jam 6.30 petang, untuk menikmati pemandangan Sungai Melaka di waktu petang dan pulang ke jeti dengan pemandangan matahari terbenam. Ia sesuatu yang menakjubkan.

Sepanjang Sungai Melaka, anda akan menikmati pemandangan hotel-hotel sekitar bandar Melaka, bangunan Heritage, Kincir Air, Hard Rock Cafe Melaka dan banyak lagi yang menarik. 

Untuk makluman, harga tiket Melaka River Cruise ialah RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak. Ia dibuka setiap hari dan beroperasi dari jam 9.00 pagi sehingga jam 11.30 malam.

Ada Pengiklan Tipu Blogger Dalam Pengiraan 'KLIK Banner'

$
0
0
Sebenarnya dah lama MrJocko nak share isu seperti ini, isu berkenaan "Ada Pengiklan Tipu Blogger Dalam Pengiraan KLIK Banner" di dalam setiap blog, samada blogger baru atau blogger lama. Jika mendaftar dan menggunakan khidmat syarikat yang meminta anda meletakkan banner iklan mereka di blog anda menggunaka 'html code', anda mungkin ada peluang 'ditipu' oleh mereka.

MrJocko sendiri memang teruja untuk meletakkan banner iklan di blog, samada dalam bentuk leaderboard, sideboar atau size skyscraper. Ini kerana dulu target untuk mendapatkan komisen klik dari iklan yang tertera di blog kita. Namun, selepas berjumpa dengan beberapa kenalan yang otai dalam bidang Online dan Website Advertising, mereka berkongsi cerita bahawa ada banyak syarikat yang menggunakan blogger utk letak iklan, tetapi memanipulasikan jumlah klik iklan banner di blogger tersebut untuk keuntungan syarikat.






Ini adalah contoh-contoh banner iklan yang selalu digunakan dan diletakkan di blog hampir kesemua blogger guna dan ia antara saiz yang paling popular. 

Tetapi, ramai yang mungkin akan perasan, jika UV daily blog mereka mencecah 1,000 - 5,000 UV sehari, masakan klik untuk banner iklan hanya satu atau dua dalam masa sehari??? Takkan la dalam sehari, 1,000 orang masuk membaca entry blog anda, hanya seorang yang klik???



contoh banner klik : Gambar Hiasan

Dah ramai member yang perasan, tetapi tak tahu nak buat apa sebab mungkin ramai yang tak tahu. tetapi realitinya, ada syarikat yan gberkenaan, mengubah jumlah klik yang sepatutnya dan menurunkan jumlah tersebut untuk keuntungan syarikat mereka. Memang Ada Pengiklan Tipu Blogger Dalam Pengiraan 'KLIK Banner'

Syarikat mana yang buat macam tu? Biar la rahsia, sebab memang MrJocko tak ada bukti yang kukuh. Tetapi percaya lah, ada syarikat yang buat demikian. Dan anda akan rasa tertipu kerana kalau sehari ada 10 orang klik dan anda mungkin akan dapat RM5.00 dari hasil komisen tersebut, tetapi anda cuma dapat RM0.50 sen sahaja kerana ia sudah di ubah.

Berhati-hati dan sila semak atau pantau blog anda :)

Mencuba Menu Cheesy Chicken Burger In A Sesame Bun AirAsia

$
0
0
Pulang dari Chiang Mai selepas menyertai kembara FAM Trip dibawah tajaan Central Department Store Limited dan Mastercard selama 4 hari 3 malam, MrJocko berpeluang menaiki penerbangan terus AirAsia dari Chiang Mai ke Kuala Lumpur. Flight ini memakan masa selama 2 jam 20 minit dan Alhamdulillah, kami diberikan pakej Premium Flex oleh pihak penganjur.

Kami diberikan tempat duduk priority dan juga disertakan dengan menu makanan halal. Untuk seat MrJocko, mereka sudah terlebih dahulu menempah secara online menu Cheesy Chicken Burger in a Sesame Bun. Burger Ayam dengan Roti Bijan yang lembut dan sedap, tak pernah MrJocko rasa di mana-mana selain di dalam penerbangan AirAsia.



Cheesy Chicken Burger In A Sesame Bun AirAsia

Cheesy Chicken Burger In A Sesame Bun AirAsia

Cheesy Chicken Burger In A Sesame Bun AirAsia



Menu Cheesy Chicken Burger In A Sesame Bun AirAsia ini memang akan menjadi pilihan MrJocko jika berpeluang terbang dengan AirAsia di masa akan datang. Ia sesuai untuk alas perut sementara menunggu menu makan utama waktu tengahari atau makan malam. Lagi pun, rasa burger ayam ini memang sedap.



Cheesy Chicken Burger In A Sesame Bun AirAsia



Paling MrJocko tak sangka, roti bijan ini memang lembut dan sangat sedap. Penuh dengan bijan dan ia tidak mudah penyet ketika kita makan. Rasa ayam dalam burger juga boleh tahan. Kombinasi ayam dan cheese memang terbaik, walaupun nampak simple.

Untuk nilai RM10 di atas penerbangan Kod AK AirAsia, anda mungkin boleh cuba Menu Cheesy Chicken Burger In A Sesame Bun AirAsia. Cuba dulu kemudian anda boleh komen, sedap atau tidak???


Cheesy Chicken Burger In A Sesame Bun AirAsia

$
0
0
Back from Chiang Mai after joining the adventure FAM Trips sponsored by the Central Department Store Limited and Mastercard for 4 days 3 nights, get MrJocko AirAsia direct flight from Chiang Mai to Kuala Lumpur. This flight takes about 2 hours and 20 minutes, and thank God, we were given a package of Premium Flex by the organizers.

We are given priority seat and also included halal food menu. For MrJocko seat, they had booked in advance online menu Cheesy Chicken Burger in a Sesame Bun. Chicken burgers with sesame bread is really soft and delicious, MrJocko can't find it everywhere except in AirAsia flight.








This Cheesy Chicken Burger In A Sesame Bun AirAsia is indeed going to be a choice MrJocko if the opportunity to fly again with AirAsia for the next trip. It is suitable for small portion while waiting for the main meal menu lunch or dinner time. After all, taste of this chicken burger is delicious.

What can MrJocko can't imagine, it sesame bread is really soft and very tasty. The combination of chicken and cheese is the best, although it looks simple. For only RM10 inside AirAsia flight (Code AK), you definitely must try Cheesy Chicken Burger In A Sesame Bun AirAsia. Try once and then give your own comment, tasty or not ???

Maybe you can try others menu from AirAsia Cafe.

Food Review : Greyhound Cafe in Central World, Bangkok

$
0
0
Hari pertama sampai di Bangkok, selepas check-in di bilik hotel Centara World Bangkok, kami di bawa untuk makan tengahari di salah satu restoran terkenal di Bangkok. Ia merupakan restoran fine dine yang berkonsepkan Thai Modern Fusion. Di sini, menu makanan Thai di oleh manjadi menu modern dan ia disediakan dalam bentuk fine dine.

Kami di bawa ke Greyhound Cafe, Central World, Bangkok yang terletak di Tingkat 1, Central World Shopping Mall.






Masuk sahaja di restoran Greyhound ini, terasa seperti VIP pulak. Suasana cafe, susunan meja dan layanan di Greyhound Cafe ini memang terbaik. Lihat saja dekorasi bunga ini, special untuk kami semua, rakan-rakan media dari Malaysia sempena FAM Trip Bangkok Chiang Mai.


nice deco,,,





Greyhound Cafe in Central World, Bangkok
Ayam Goreng, tetapi MrJocko tak makan sebab, ia mungkin tidak disembelih

Greyhound Cafe in Central World, Bangkok




Antara menu yang sempat MrJocko rasa ialah Ketam Soft Shell, Crab Meat, Char Kuey Teaw, Salmon dan juga Spaghetti Udang. Menu ini antara menu yang terkenal di Greyhound Cafe dan menjadi antara menu utama di sini. 

Menu lain kami terpaksa tolak dan bagi rakan-rakan media non-muslim mencuba sebab risau akan ada campuran yang tidak sepatutnya :)





Greyhound Cafe in Central World, Bangkok

Aiskrim sebagai desserts, biasa sahaja, tetapi dengan dekorasi atas meja, ia nampak sedap.




Ini merupakan Teh Tarik yang dibekukan, kemudian ia di blend dan dihidangkan. memang sedap dan tidak pernah MrJocko jumpa sehingga berada di Greyhound Cafe.

Secara keseluruhan, menu makanan di Greyhound Cafe, Central World Bangkok ini boleh dikatakan sedap. Rakan-rakan non-muslim juga mengakui menu yang mereka makan memang sedap. 


Tips untuk makan di Greyhoud.
Jika anda mencari lokasi makanan halal di Bangkok, masih ada banyak yang boleh anda cari di bandar ini. Mungkin, anda susah untuk berkomunikasi atau mencari kedai yang sesuai. 
Namun, jika ingin mencuba menu di Greyhound, pastikan anda maklumkan kepada waiter atau manager yang anda seorang Muslim, dan tidak mahu makanan yang mempunyai sebarang berkaitan pork.
Sudah pasti kalau nak selamat, cari makanan seafood sahaja.


Viewing all 1468 articles
Browse latest View live