Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all 1468 articles
Browse latest View live

Kadar Kenaikkan Tol Lebuhraya Malaysia Bermula 1 Januari 2014

$
0
0

Soseh-soseh berita kenaikkan kadar tol di lebuhraya seluruh Malaysia pada Januari 2014 nampaknya sudah semakin jelas. Berita kenaikkan ini sudah terpampang di dada akhbar tempatan menyaksikan kenaikkan dari 50 sen sehingga RM2.00, bergantung kepada lokasi lebuhraya.

Banyak juga lebuhraya ber'tol' yang selalu MrJocko guna seharian. Nampaknya kenaikkan kadar tol lebuhraya tahun 2014 ini akan memberi kesan lagi ke atas kos operasi MrJocko.

 


Antara lebuhraya yang MrJocko selalu guna termasuk lebuhraya Damansara, LDP, Lebuhraya NKVE, Lebuhraya Pantai dan juga termasuk Plaza Tol Batu Tiga.

Paling terasa kadar tol Lebuhraya Pantai yang naik dari RM1.50 kepada RM3.00, kenaikkan 100% ini nampak macam terlalu tinggi. Kalau sehari lalu area sini dua kali dan jadikan kos RM6 hanya untuk Tol jarak sekitar 3 kilometer sahaja. Pergh!!! Mahal tu...

So, bersedialah dengan kenaikkan kos sara hidup yang lain sekiranya perlaksanaan kenaikkan kadar tol lebuhraya Malaysia ini dilaksanakan pada awal Januari 2014. Kena cari duit ekstra nampaknya untuk tampung kos kenaikkan kadar tol lebuhraya ini.


Kari Kepala Ikan Restoran Pen Mutiara Pulau Pinang

$
0
0

Selama 3 hari 2 malam MrJocko mengikuti FAM Trip ke Pulau Pinang, hanya sekali berpeluang singgah di Restoran Ben Mutiara untuk menikmati Kari Kepala Ikan hidangan restoran ini. Restoran utama di Bayan Lepas dan cawangannya ada di Butterworth.

Kari Kepala Ikan di Restoran Ben Mutiara antara menu makanan yang semakin menjadi pilihan bagi peminat makanan sekitar Pulau Pinang. Lokasi restoran yang strategik dan ruang restoran yang luas, cantik dan selesa.

Pengalaman Menaiki Cruise Superstar Libra : Teaser

$
0
0

Memang dah lama MrJocko teringin sangat-sangat nak cuba pengalaman menaiki cruise dan belayar di tengah laut. Jadi, bila dapat jemputan untuk review cruise Superstar Libra dibawah anjuran Tourism Malaysia, ia sesuatu yang sememangnya dinanti-nantikan.

Walau hanya berpeluang berada di dalam cruise Superstar Libra selama 2 hari 1 malam, ia tetap menjadi pengalaman yang amat menakjubkan. Sangat teruja dan tak sabar nak join tour dalam cruise.

 

 

MrJocko diberikan peluang menetap di dalam cabin yang mempunyai tingkap dan ia mengadap laut. Katil double dan punyai TV, dua wardrobe, bilik air dengan air panas dan juga sekali dengan makan malam dan sarapan pagi.

Banyak aktiviti yang anda boleh buat di dalam cruise Superstar Libra termasuk menonton pertunjukkan magic show, party untuk kanak-kanak, live band, gym, karaoke dan macam-macam lagi.

InsyaAllah MrJocko akan kongsi dalam next entry. Masih penat baru balik dari trip FAM Penang ini bersama team Tourism Malaysia. Jangan lupa follow Fanpage MrJocko, Twitter dan Instagram @MrJocko

Cara Mohon Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2014

$
0
0

Bagi mereka yang layak untuk memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), anda sudah boleh siap sedia untuk membuat permohonan bantuan kewangan ini dari pihak berwajib untuk BR1M tahun 2014. Rasanya ramai yang sedang menunggu untuk memohon BR1M ni.

 


Bagi penerima BR1M sedia ada, anda tidak perlu mendaftar lagi. Anda hanya perlu untuk mengemas kini maklumat peribadi mengikut maklumat terkini.

Bagi pemohon BR1M yang baru, anda perlu mendaftar dari 28 Disember 2013 sehingga 31 Januari 2014. Anda perlu mendaftar secara online di www.hasil.gov.my atau pendaftaran secara manual di Kaunter Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pembayaran bantuan BR1M 2014 akan dibuat pada bulan Februari 2014 nanti. Untuk maklumat penuh, boleh layarai laman web Hasil.gov.my atau Hotline 1-800-88-2716.

Glamorous MrJocko

 

Ais Tingkap Minuman Terkenal Di Chowrasta

$
0
0

Anda mungkin kenal Pasar Chowrasta sebagai bangunan yang terkenal dengan jualan jeruk mangga, jeruk buah pala, jeruk buah salak dan pelbagai jenis jeruk lagi. Di sebelah lorong Pasar Chowrasta ini ada satu lagi tarikan iaitu minuman Ais Tingkap yang terkenal di Pulau Pinang.

Ais Tingkap ini sangat unik. Ia dikenali juga dengan Penang Cold Drinks dengan nama Inggerisnya Window Sherbet. Apa dia minuman Ais Tingkap atau Window Sherbet ni???

 

 

Ais Tingkap ini ialah satu minuman campuran antara air sirap dan air kelapa. Minuman Ais Tingkap ini semakin terkenal kerana keunikkan campuran antara dua minuman ini dan menghasilkan rasa yang sedap dan segar. Sirap yang selalu kita minum dan air segar buah kelapa. Yum yum,,, Nom nom,,,

Sebab itu, kalau anda ke Pulau Pinang, ambil masa singgah di Pasar Chowrasta. Jalan ke depan sikit, anda akan nampak lorong bersebelahan pasar menjual ayam dan daging, ada gerai tepi lorong diberi nama Ais Tingkap.

Samada minum atau bungkus bawa pulang, anda boleh dapatkan Ais Tingkap dengan hanya RM2.50 sahaja. Anda akan dapat menikmati rasa air minuman yang sedap, segar dan lain dari minuman yang anda pernah rasa sebelum ini. Jangan lupa cuba Ais Tingkap Pulau Pinang.

Sarapan Pagi Dengan Lee Guan Eng

$
0
0
Minggu lepas, rasanya ramai yang tahu MrJocko berada di Pulau Pinang selama 3 hari 2 malam mengikuti rombongan FAM Trip anjuran Tourism Malaysia. Kami rakan media di bawa melawat banyak tenmpat-tempat menarik di Pulau Pinang dan yang paling teruja bila dapat bersarapan pagi dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lee Guan Eng.

Kali ini, MrJocko berkesempatan duduk semeja dengan Ketua Menteri Lee Guan Eng dan bersarapan Kopi 'O' bersama-samanya. Peluang terbaik dan ia sesuatu yang wajib diabadikan dalam kamera untuk kenangan.





Bukan senang nak jumpa dengan Ketua Menteri, tambah-tambah lagi peluang untuk duduk minum kopi semeja dengan beliau. Ia semua mungkin hasil selepas penat seharian membantu pedagang-pedagang di pelabuhan Pulau Pinang mengangkat guni jualan mereka. Fuh!!!

Hahaha!!! Macam-macam dah MrJocko mengarut kat sini. Sebenarnya ini semua gambar yang MrJocko rakamkan ketika melawat satu lokasi tarikan pelancong di Pulau Pinang diberi nama Made In Penang, satu pameran lukisan 3D yang terbaik setakat ini pernah MrJocko lawati. Harga tiket untuk Made In Penang adalah RM20 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak sekolah.

Banyak gambar-gambar 3D ada disimpan di dalam Made In Penang ini, anda mesti singgah dan akan teruja dengan lukisan 3D ini. InsyaAllah, MrJocko akan kongsi gambar-gambar lain di dalam Made In Penang dalam beberapa hari lagi. 

Giveaway Fridge Magnet Taiwan

$
0
0

Masa mengemas kotak lama, terjumpa beberapa item yang MrJocko rasa boleh dibuat giveaway. Jadi, nak buat giveaway Fridge Magnet la sempena dengan penutup tahun 2013

 

 

MrJocko nak share 2 pcs Fridge Magnet yang MrJocko beli semasa melancong ke Taipei pada bulan Mei 2013. Satu Fridge Magnet rekaan Queen's Head dan satu lagi Fridge Magnet Muzium Taiwan.

Bagi yang berminat, mudah sahaja. Anda perlu ikuti syarat-syarat ini :

1. Like Fanpage MrJocko

2. Tulis entry pendek di Blog anda tentang satu entry pilihan yang ada di Blog MrJocko.com.

3. Buatkan satu backlink entry mana yang anda pilih.

4. Pemenang akan dipilih selepas tamat pada 12.00 tengahari Selasa 31 Disember 2013.

InsyaAllah, MrJocko akan post Fridge Magnet ini kepada pemenang. Selamat mencuba ;)

Harga Tiket Kereta Kabel Bukit Bendera Pulau Pinang

$
0
0

Mungkin ada yang belum berkesempatan untuk singgah di Bukit Bendera atau Penang Hill. Kalau anda sudah berada di Pulau Pinang, tidak lengkap lawatan anda kalau tidak ke Bukit Bendera. Ia merupakan lokasi wajib kepada semua pelancong untuk pengalaman berada di puncak tertinggi di Pulau Pinang dan menikmati pemandangan Pulau Pinang dari puncak.

 



Harga tiket untuk naik ke Bukit Bendera, Pulau Pinang ialah Dewasa dan Warga Emas RM8.00, Kanak-kanak umur 4 - 12 tahun dan Pelajar RM4.00. Untuk Pakej Keluarga 2 Dewasa 1 Kanak-kanak RM17.00, Pakej Keluarga 2 Dewasa 2 Kanak-kanak RM18.00 dan Pakej Keluarga 2 Dewasa 3 Kanak-kanak RM19.00.

Untuk bukan pemegang MyKad, mereka dikenakan tiket Dewasa RM30.00 dan Kanak-kanak RM15.00. Mereka juga boleh mendapatkan pakej keluarga bermula dari RM65.00 sehingga RM75.00. Pun begitu, untuk semua warga istimewa dan orang kurang upaya (OKU) mereka dikecualikan dari sebarang bayaran tiket.

Ada banyak aktiviti lain dan tarikan seperti taman mini, bergambar bersama ular, peluang memotret lukisan jalanan, cafe dan restoran dan banyak lagi.


Nasi Beriyani Ayam Claypot Restoran Kapitan

$
0
0
Antara lokasi peminat nasi kandar kalau berada di Pulau Pinang ialah di Restoran Kapitan yang terletak di Jalan Chulan. Restoran Kapitan ni memang besar dan berada di lokasi strategik. Mempunyai 2 tingkat, tingkat banwah untuk meja makan open air dan di atas ada ruang yang ber'aircond' untuk keselesaan pelanggan.

Kali ini MrJocko mencuba menu terkenal kat Restoran Kapitan yang diberi nama Nasi Beriyani Ayam 'Lubrakhon'. Nasi Briyani Ayam di Restoran Kapitan ini diletakkan dalam Claypot dan dihidangkan bersama Ayam Tandoori yang dibakar, memang sedap.


Nasi Beriyani Ayam Tandoori Kapitan 





Di Restoran Kapitan Jalan Chulan, Penang ini memang ada menu lain yang menarik perhatian MrJocko termasuk Kari Burung Puyuh, Kari Ketam, Udang Goreng dan jugak Kari Sotong yang nampaknya memang sedap. Kalau anda peminat nasi beriyani dan juga nasi kandar, lauk-lauk seperti ini anda boleh padankan dengan nasi beriyani atau nasi kandar anda. Memang terbaik la...




Kalau nak rasa, boleh singgah di Restoran Kapitan. Cuba makanan kat sini, lokasi pun senang di cari dan ada tempat makan yang selesa. Ayam Tandoori dia memang sedap, kena pulak dengan kuah kari dan air buah, memang meletup. Restoran Kaapitan ini dibuka selama 24 jam dan memang sentiasa penuh dengan pelanggan. Memang terkenal di Pulau Pinang. 

MrJocko dah cuba menu Nasi Beriyani Ayam Claypot di Restoran Kapitan, anda pun kalau berada di Pulau Pinang, cuba la singgah.

Eat Travelicious Blog Perkongsian Menu Makanan

$
0
0

Sebenarnya blog EatTravelicious.com ini sudah MrJocko buat pada awal tahun 2013 lagi. Cadangnya nak asingkan gambar-gambar dan info ringkas tentang menu makanan yang pernah MrJocko cuba samada ia melalui event, food review, trip atau masa makan MrJocko dan keluarga.

 

Nasi Beriyani Ayam

Salad sedap

Tomyam original thai

Nasi goreng seafood

 

Dengan blog EatTravelicious ini, MrJocko akan share pasal makanan sahaja. Tiada entry panjang, hanya info ringkas tentang nama menu, harga dan lokasi. Untuk maklumat lanjut, anda mungkin perlu Google dan dapatkan maklumat panjang lebar dari info lain. Di EatTravelicious, MrJocko cuma berkongsi sebagai pengenalan sahaja.

Bagi anda yang berminat dengan makanan, anda boleh follow Fanpage http://www.facebook.com/mytravelicious atau Twitter @traveliciousmy atau Instagram @mytravelicious

Semoga perkongsian ringkas tentang menu-menu yang pernah MrJocko rasa ini menjadi sedikit panduan dan maklumat untuk anda semua. Jangan lupa follow blog www.eattravelicious.com. Terima kasih.

Selepas 3 Bulan Baru Nak Cuci

$
0
0

Oleh kerana sibuk memanjang, nak singgah 'car wash centre' pun tak sempat. Dari warna silver, dan jadi kaler kelabu sebab kotor. Akhirnya semalam, MrJocko singgah juga untuk cuci luar dan vacuum kereta kesayangan ini.

Bahaya juga kalau lama tak cuci kereta kerana kat dalam interior habuk dah berkumpul. Lama-lama boleh kumpul banyak bakteria yang tak bagus untuk kesihatan.

 

 

Kalau anda nak sihat, jangan lupa selalu-selalulah cuci kenderaan anda untuk keselesaan anda sendiri. Jangan sampai bau busuk sebati dengan kereta anda pulak... Hahaha.

Lepas kena cuci baru la nampak putih bersih. Segar. Kena pulak letak pewangi kereta untuk keharuman yang berpanjangan. Si Mamat Klang dan Mamat Banting ni pernah naik kereta MrJocko sebelum dicuci. Agaknya apa bau masa tu, Wangi? Pekung? atau Nak Muntah? Ekekek

Tempat Tempat Menarik Di Kuala Lumpur

$
0
0
Tempat Menarik di Kuala Lumpur sememangnya banyak dan setiap orang akan mempunyai definisi destinasi menarik di Kuala Lumpur mengikut pandangan masing-masing. Sempena dengan ketibaan Tahun Melawat Malaysia 2014, MrJocko akan berkongsi beberapa lokasi dan tempat menarik di Kuala Lumpur mengikut pandangan sendiri.




1. Menara Berkembar KLCC
Menara Berkembar KLCC atau dikenali juga sebagai Twin Tower KLCC Petronas ini merupakan bangunan yang tertinggi di Malaysia dan tertinggi di dunia bermula selepas pembukaannya pada tahun 1998 sehingga tahun 2004.

Menara Berkembar Petronas KLCC dibina bermula 1 Mac 1993 dan siap pada 1 Mac 1996. Mula dipenuhi dengan pejabat-pejabat korporat termasuk Petronas bermula 1997 dan mempunyai ketinggian 88 tingkat. Terdapat jambatan yang menghubungi dua menara ini yang dikenali sebagai Skybridge.

Tiket masuk ke Skybridge KLCC ialah :
Dewasa Tanpa MyKad = RM50
Kanak-kanak Tanpa MyKid = RM25
Dewasa MyKad = RM25
Kanak-kanak MyKid = RM25




2. Menara Kuala Lumpur
Menara Kuala Lumpur siap pada Mac 1995 yang mana ia merupakan menara tertinggi di Malaysia. Ia dibina untuk tujuan antena komunikasi setinggi 421 meter. Ia mempunyai 4 lift elevator yang boleh membawa anda naik ke puncak menara dengan cepat.

Tiket masuk ke Menara KL :
Dewasa Tanpa MyKad = RM47
Kanak-kanak Tanpa MyKid = RM27
Dewasa MyKad = RM29
Kanak-kanak MyKid = RM19




3. Taman Burung Kuala Lumpur
Taman Burung Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur Birds Park mempunyai keluasan sehingga 21 ekar di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur berdekatan dengan Taman Tasik Perdana. Lokasinya sangat strategik dan amat sesuai untuk kita lawati, dekat dan mudah.

KL Birds Park mempunyai lebih 3,000 burung di dalamnya dan mempunyai sekitar 200 spesis burung yang pelbagai. 90% dari burung di sini adalah burung-burung yang terdapat di Malaysia, manakala selebihnya adalah spesis burung import dari seluruh negara untuk tatapan pelancong.

Tiket Masuk ke Taman Burung Kuala Lumpur :
Dewasa Tanpa MyKad = RM48
Kanak-kanak Tanpa MyKid = RM38
Dewasa MyKad = RM25
Kanak-kanak MyKid = RM12



4. Dataran Merdeka
Dataran Merdeka terletak juga di tengah bandaraya Kuala Lumpur berhadapan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad. Di Dataran Merdeka inilah buah kali pertama bendera Union Jack diturunkan pada 31 Ogos 1957 selepas kemerdekaan Malaysia pada waktu itu.

Di sini selalu diadakan sambutan Hari Kemerdekaan saban tahun dan banyak acara-acara besar dianjurkan di sini. Paling sesuai kalau nak ke sini ialah pada waktu malam, menikmati keindahan Skrin Besar dan lampu-lampu sekitar Dataran Merdeka.




5. Bangunan Sultan Abdul Samad
Bangunan ini di ambil nama sempena dengan Sultan Selangor, Sultan Abdul Samad ketika pembinaannya. Apa yang menarik ialah struktur bangunan ini yang unik dan berdasarkan rekabentuk Mughal. Dulu bangunan ini menempatkan Mahkamah Persekutuan dan kini ia menjadi bangunan sejarah dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

Bila malam, limpahan lampu kat sini sememangnya cantik dan menyinar sekeliling termasuk Dataran Merdeka.



6. Stesen Kereta Api Kuala Lumpur
Salah satu mercu tanda Kuala Lumpur ialah binaan Stesen Keretapi Kuala Lumpur yang sangat unik dan cantik. Ia siap dibina pada tahun 1910 dan ia masih utuh sehingga hari ini. Ia menjadi hub pengantara antara pengangkutan awam, sebelum ia beralih ke KL Sentral pada tahun 2001.




7. Tugu Negara Kuala Lumpur
Tugu Negara ialah National Monument yang dibina bagi mengingati jasa-jasa pengorbanan pahlawan negara yang telah gugur di medan perang demi memartabatkan negara Malaysia dari cengkaman penjajah sewaktu zaman Perang.

Ia dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman dan Tugu Negara ini siap dibina pada tahun 1966. Lokasi berdekatan dengan Tasik Perdana dan juga Taman Burung Kuala Lumpur.



8. Istana Negara
Satu lagi lokasi wajib singgah kalau di Kuala Lumpur ialah Istana Negara, Jalan Duta. Ia merupakan Istana baru dan kediaman rasmi DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Permaisuri. Istana baru ini yang terletak di Jalan Duta siap dibina pada tahun 2011 menggantikan Istana Negara lama, di Jalan Istana.

Anda boleh melihat betapa tersergam indahnya Istana Negara dan bergambar bersama Pengawal Istana. Kalau nak masuk dan melihat pemandangan Istana, anda boleh ke Istana Lama di Jalan Istana.




9. Jalan Tunku Abdul Rahman
Sekiranya anda seorang yang suka membeli belah, anda boleh ke Jalan Tunku Abdul Rahman. Di sini pelbagai jenis barangan ada dijual terutamanya kain, tudung dan kedai-kedai makan. Sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman akan meriah menjelang hujung minggu sehingga ke malam Ahad. Sepanjang jalan di bahagian lorong Tunku Abdul Rahman ada pasar malam yang menjual pelbagai jenis barangan murah dan pelbagai pilihan.





10. Pavilion Kuala Lumpur
Pavilion ialah gedung membeli belah terkemuka dan paling terkenal di Kuala Lumpur. Terletak di Jalan Bukit Bintang yang sememangnya menjadi kawasan 'SegiTiga Emas' di Kuala Lumpur. Gedung membeli belah yang menyediakan butik eksklusif seleuruh dunia ini merupakan gedung membeli belah untuk golongan elit kerana hampir kesemua butik di sini menjual produk berkualiti dan mahal dari seluruh dunia.

Kini Pavilion menjadi lokasi pengunjung yang turut sama berminat dengan rekaan bangunan Pavilion KL yang nampak mewah dan eksklusif dari luar. Di buka pada tahun 2007 dan ia mempunyai lebih dari 1.4 juta kaki persgi yang menempatkan gedung membeli belah, bangunan pejabar, kondo kediaman dan juga hotel.


Selamat Tinggal 2013 Saya Sudah Bersedia Untuk 2014

$
0
0

Malam ini nampaknya sudah tiba penghujung tahun 2013. Tahun kedua MrJocko kerja sendiri dan rasanya antara tahun terbaik MrJocko. Alhamdulillah, lebih banyak kenangan manis dalam perjalanan ini.

Kerjaya

Tahun 2013 memberi peluang MrJocko menerima kenaikkan pangkat dari Agency Supervisor kepada Manager. Tahun ini juga memberi peluang MrJocko membantu 2 rakan niaga dari Consultant biasa kepada Agency Supervisor.

Rezeki juga dapat peluang tajaan sepenuhnya Trip 6 hari 5 malam ke Taipei. Percutian yang bertaraf 5 bintang dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat, memang terbaik.

Blogger

Bulan 5 MrJocko tubuhkan BlooggersDotCom dan kini baru berumur sekitar 6 bulan, kami menerima banyak jobs dan advertorial.

Blooggers berjaya memberi peluang berkongsi rezeki kepada ramai blogger sertai event, product launch dan juga Media Trip. MrJocko sendiri dijemput untuk ke FAM Trip ke Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Hatyai.

 

 

Keluarga

Memang tahun ini MrJocko banyak habiskan masa bersama anak-anak lebih lagi musim cuti sekolah. Ya, mungkin kami belum kaya wang ringgit tetapi kami dikurniakan masa yang banyak bersama keluarga.

Walaupun hanya trip dalam Malaysia, kami masih boleh bercuti menikmati masa berkualiti bersama.

Rakan-rakan

Semestinya saban hari menerima rakan baru samada di Blog, Facebook atau di Fanpage. Kalau dulu fanpage MrJocko cuma 300 sahaja, kini ia berkembang dan bertambah sehingga 3,000 orang.

Kewangan

Dalam cara hidup sederhana dan masih boleh membayar bil dan hutang piutang yang ada. Ada lebih 30% hutang lama berjaya di'setel'kan. Harap-harap tahun 2014 boleh disetelkan kesemuanya.

Banyak aktiviti seharian ditaja dari segi makanan, aktiviti atau goodies dari event yang MrJocko hadiri. Banyak juga yang boleh MrJocko jimat terutamanya barangan toiletteries dan gadget. Maklum la tahun ini MrJocko terima banyak power bank, satu smartphone dan satu tablet Samsung.

Melihat kedatangan 2014, diharapkan ia akan memberikan sinar yang lebih kepada MrJocko, keluarga dan rakan-rakan BlooggersDotCom. Tahun 2014 ialah tahun untuk kerja dengan kuat dan kumpul harta selagi boleh. Doakan kejayaan kami dan sama-sama kita menuju tahun 2014 yang lebih gemilang untuk semua.

Welcome 2014, please be nice to me...

Glamorous MrJocko

Tempat Menarik Di Malaysia : MrJocko Part 1

$
0
0



Tahun Melawat Malaysia 2014 merupakan tahun yang akan membawa ramai pelancong asing datang ke Malaysia. Sebab itu, MrJocko nak kongsi tentang informasi tentang lokasi pelancongan yang ada di negara kita Malaysia.

Ada banyak lokasi menarik ada di Malaysia sehinggakan banyak tempat tempat menarik ini terkenal di serata dunia seperti Pulau Langkawi, Pulau Sipadan, Pulau Tioman, Taman Negara, Gunung Kinabalu, KLCC dan banyak lagi destinasi lain.

MrJocko nak share beberapa tempat tempat menarik pilihan MrJocko dan sudah berkesempatan melancong ke sana. Antaranya :

Ibunegara Malaysia, Kuala Lumpur

Sememangnya banyak lokasi menarik yang anda boleh lawati di Kuala Lumpur. Samada anda seorang yang minat kepada pemandangan, bangunan, makanan serta sejarah, Kuala Lumpur punyai banyak lokasi pilihan. Boleh baca di entry MrJocko ini :-

Pulau Langkawi, Kedah

Menjadi salah satu Pulau Bebas Cukai menjadi kelebihan bagi Langkawi untuk berkembang sebagai satu lokasi pelancongan yang semakin pesat. Ramai pelancong datang dari jauh semata-mata ingin melawat Pulau Lagenda ini. Ada banyak entry pasal Langkawi pernah MrJocko kongsi dan anda boleh lawati kat sini :-


Genting Highland, Pahang

Pusat pelancongan yang paling tinggi di Malaysia. Mempunyai banyak daya tarikan termasuk taman tema indoor dan outdoor. Lokasi penginapan yang sejuk dan dingin ini sememangnya menarik ramai pelancong ke pusat peranginan yang sejuk ini.

Kota Kinabalu, Sabah

Sabah Negeri di Bawah Bayu sememangnya punyai banyak lokasi hebat. Paling terkenal semestinya Gunung Kinabalu. Bukan senang nak panjat Kinabalu, tetapi tidak mustahil. MrJocko pernah sampai puncak sekali. Selain Kinabalu, ada banyak lokasi seperti makanan seafood, Kera Proboscis dan pemandangan laut yang cantik di Semporna dan Taman Negara TAR.

Kuching, Sarawak

Bandar Kuching juga tak kurang hebat kerana ia banyak destinasi menarik yang tak ramai ketahui. Anda boleh pilih ke Semenggoh Orang Utan melihat haiwan unik ini atau ke sempadan Serikin untuk membeli belah barangan murah seperti baju, tikar rotan dan pelbagai barangan cenderahati.

bersambung...

Mungkin Ini Cash Out Terakhir Bersama Nuffnang

$
0
0
Penutup tirai 2013, MrJocko sempat cash out hasil 'Total Earning' yang sudah dikreditkan dalam Akaun Glitterati pada 31 December 2013. Tak da la banyak sangat, tetapi Alhamdulillah, rezeki bersama Nuffnang masih ada. Namun, sampai bila agaknya nak bertahan dengan Nuffnang ni???

Masuk tahun ni, 2014, memasukki tahun ke-8 MrJocko bersama Nuffnang dan tidak pernah mencuba bersama syarikat lain seperti Adverlets, Komli atau Innity. Mungkin kerana sudah terlalu lama bersama Nuffnang, malas  nak tukar. Tetapi sejak dua menjak ni hati berkata, apa kata mencuba sesuatu yang baru, sesuatu yang boleh berikan lebih dari yang terdahulu...




Banyak juga aktiviti yang MrJocko sertai dengan Nuffnang, memang banyak, tetapi lama kelamaan rasa macam Nuffnang tak macam Nuffnang yang MrJocko kenal awal-awal dulu. Entah kenapa, mungkin kalau orang yang dah lama dengan Nuffnang, mereka akan rasa ada banyak beza Nuffnang sekarang. 

Agak-agak selepas ini, title Glitterati tu mungkin dah tak ada. Memang nak cuba dengan syarikat lain pula. Mana tahu boleh kekalkan income 4 angka sebagai token setipa bulan hasil dari berblogging? Anda boleh cadangkan mana satu yang boleh MrJocko cuba???

p/s : ramai dah Nuffies yang dah resign, tak kenal pulak Nuffies baru kat sana...


Hari Pertama Persekolahan 2014

$
0
0
Hari ni, 2 Januari 2014, hari pertama persekolah bagi kedua-dua anak gadis MrJocko. Si Kakak sudah melangkah ke Darjah 3 dan adik baru masuk Darjah 1. Sebab itu, tahun ni juga tahun kerja keras kerana kita sebagai ibubapa akan cuba berikan peluang pembelajaran yang terbaik untuk anak-anak kita. Cita-cita MrJocko nak hantar anak-anak ke sekolah jenis kebangsaan Cina akhirnya tercapai.

Alhamdulillah, masing-masing excited nak ke sekolah. Adik dah pergi hari orientasi pada 31 December 2013 dan kakak tak ada masalah kerana dah biasa dengan sekolahnya. Kakak yang lebih tua, menjadi 'tour guide' kepada adiknya menerangkan lokasi bilik guru, pejabat, kantin, toilet dan bilik-bilik lain. Si adik menurut sahaja.




Nampaknya tahun ni, schedule kerja MrJocko akan bertukar dan mungkin kena sesuaikan dengan perjalanan masa sekolah anak-anak. Kalau boleh, setiap pagi memang nak hantar anak-anak ke sekolah dan jemput pulang. Itu yang lebih baik, tetapi tak boleh la selalu, kerana jadual kerja MrJocko pun tak selalu sama.

Perjalanan hari pertama persekolahan sesi 2014, penggal pertama berjalan lancar. MrJocko hantar kakak ke sekolah dan Wife hantar adik ke sekolah. Semua ok. Harap-harap anak-anak happy bersekolah kat sini, walaupun cabaran belajar Mandarin tak semudah yang kita lihat. Kami sendiri sebagai ibubapa pun terpaksa luang masa setiap malam untuk kerja rumah anak-anak. Itu semua cabaran yang MrJocko dan wife alami bila hantar anak ke sekolah aliran Cina.

Harap tahun 2014 juga memberikan peluang yang lebih baik kepada anak-anak. Selepas ni, ada rezeki, boleh tambah peluang untuk Tuisyen dan kelas-kelas tambahan yang lain. Zaman sekarang, setakat belajar biasa memang tak cukup, kena ada effort untuk perkasa kan ilmu anak-anak.

Nasi Arab Dhob, Satu Hidangan Istimewa Di Timur Tengah

$
0
0

Mungkin anda sudah biasa mencuba menu Nasi Arab di mana-mana restoran negara timur tengah. Ada nasi arab dihidangkan dengan lauk ayam, kambing atau daging lembu. Tetapi anda pernah lihat dan jamah Nasi Arab Dhob?

MrJocko ada ramai bekas rakan sekolah yang pernah belajar Mesir dan negara-negara Arab yang lain. Kebanyakkan mereka pernah sekali atau beberapa kali mencuba menu nasi arab Dhob ini. Dari segi luaran, dhob nampak seakan-akan biawak, tetapi dalam Islam, Dhob yang disembelih dengan cukup syarat ialah halal di makan.

 

 

Mengikut kata kawan MrJocko, Dhob ini banyak khasiatnya. Baik untuk kesihatan dan memberi tenaga yang kuat kepada kaum lelaki. Rasa daging Dhob agak liat tetapi masih ada rasa sedap kata mereka.

Kalau la anda dihidangkan dengan menu nasi arab Dhob ini di restoran di Kuala Lumpur, agak-agak korang nak makan atau tidak? Nampak agak menyelerakan tetapi bila fikir ia nampak seperti biawak rasa macam tak lalu pulak nak telan.

Makanan Terbaik Untuk Kucing

$
0
0
Masuk hari ini, baru sebulan MrJocko dan family pelihara seekor kucing yang kami ambil sebagai 'anak angkat' di booth Persatuan Peminat Kucing KL & Selangor. Ia diberikan percuma dan kami cuma bayar RM20 untuk makanan dan sumbangan kepada kelab tersebut. Kucing tersebut kami namakan MIKO.
Bila pelihara kucing ni, ada banyak benda yang kami mula belajar, antaranya ialah apa dia makanan kegemaran kucing ini? Makanan kucing basah atau makanan kering?

Makanan pertama kami beli ialah makanan kucing kering iaitu jenama Equilibrio. Masa tu juga kami dapat 2 paket makanan kering Whiskas dan 2 paket makanan basah Whiskas secara percuma.


makanan kucing


Dalam banyak-banyak makanan kucing ni, kucing kami Miko tak suka sangat dengan makanan premium kucing jenama Equilibrio ini. Miko lebih suka makanan basah Whiskas, campuran ikan dan bahan lain yang dibungkus dalam paket kecil. Tapi, harganya agak mahal. Kalau satu paket dalam RM3.00, sehari mahu kena bajet RM9.00 hanya untuk makanan kucing sahaja.

Tapi, minggu ni kami jumpa alternatif baru makanan kucing yang kami beli dari Pet's Shop di Tesco Selayang. Harga dalam RM10 sahaja dan ia makanan kering disukai Miko. Jimat.

Anda ada pelihara kucing? Boleh kongsi makanan kegemaran atau makanan terbaik untuk kucing anda?,



FIFA World Cup Trophy Tour 2014 Coca Cola Malaysia

$
0
0

Hari ni, sekitar jam 2.00 petang piala yang menjadi rebutan pemain bolasepak seluruh dunia dikhabarkan sudah sampai di Skypark Subang Terminal. Ia bersempena dengan FIFA World Cup Trophy Tour oleh Coca-Cola Malaysia. Selama 3 hari, Piala Dunia FIFA ini akan berada di Malaysia untuk tontonan peminat bolasepak Malaysia.

Sempena jelajah Trofi Piala Dunia ini, piala yang bersalut emas ini akan dipamerkan di PWTC selamat 3 hari. Walau bagaimanapun, pameran Trofi Piala ini hanya dibuka untuk umum pada hari Ahad, 5 Januari 2014 bermula jam 8.00 pagi di Dewan Tun Hussein Onn 1, PWTC.

 

 

MrJocko akan sertai wakil media untuk pameran Trofi Piala Dunia pada Sabtu, 4 Januari 2014 di dewan yang sama. Kelebihan kami mungkin dapat ruang dan masa eksklusif bersama Trofi Piala Dunia ini bersama wakil Tourism Malaysia yang lain.

Jadi, bagi peminat bolasepak Malaysia, jangan lepaskan peluang melihat dengan mata kepala anda sendiri trofi lagenda, Trofi Piala Dunia ini sempenah FIFA World Cup Trophy Tour yang dibawakan khas oleh Coca-Cola.

Boots Timberland Yang Dah Uzur

$
0
0

Sudah lebih 5 tahun rupanya MrJocko pakai Boots Timberland edisi Jeans yang dibeli di Butik Timberland One Utama. Masa beli dulu dapat harga diskaun 50%, jadi dapat jimat banyak.

Terasa jugak nak tukar boots baru, tapi masih duk fikir model mana pulak nak beli. Masih duk belek gambar-gambar di website Timberland. Nampak ada dua tiga model yang cantik. Ermm...

 

 

Kebetulan, sekarang salah sorang member MrJocko berada di US, dan katanya kat sana ada Cheap Sale untuk Timberland. Maklum la, model lama, end season selalunya mereka jual murah. Memang murah, hampir 60% diskaun.

Rasa macam nak mintak member MrJocko tolong belikan satu pasang boots model lama pun ok lah, janji harga murah. So, nak belek lagi la gambar-gambar Timberland kat US. Mana tau ada model yang berkenan boleh order terus dari US.

Agak-agak anda, berbaloi tak kalai beli kirim dari US ni???

Viewing all 1468 articles
Browse latest View live