Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

10 Cara Mahu Jadi Terkenal Dengan Menulis Blog

$
0
0
Selepas beberapa tahun saya berhenti kerja sebagai Eksekutif di sebuah Bank Pusat, ada ramai rakan-rakan perasan yang saya aktif dalam penulisan blog. Di samping menguruskan team dan partner saya di Agensi Perunding Kewangan sendiri, saya penuhkan masa terluang dengan aktiviti penulisan Blog. Ramai rakan bertanya, 'Boleh ke saya nak jadi terkenal dengan menulis blog?'

Saya menjawab boleh, tetapi dengan beberapa syarat melalui pengalaman saya sendiri.


Tip Blogging

Tip Blogging


Antara syarat yang penting bagi MrJocko ialah :
1. Sanggup Belajar Menulis Blog
Untuk mendapatkan hasil dari blog, mahu atau tidak anda kena sanggup belajar dari sesiapa sahaja yang telah lama dalam bidang blogging. Tak kira samada mereka muda atau tua, yang penting ilmu yang mereka ada. Belajar sebanyak mungkin ilmu pasal blogging.

2. Tiada Jalan Mudah
Seperti dalam pekerjaan mana sekalipun, tiada shortcut untuk mencapai kejayaan. Jangan anggap hari ini menulis blog, setahun kemudian akan terkenal. Ramai penulis Blog yang berjaya berusaha keras selama beberapa tahun untuk mencipta jenama blog mereka. Kalau anda nak cepat terkenal, memang menulis blog bukan bidangnya.

3. Konsisten Dalam Menulis
Blog umpama anda menulis cerita bersiri. Penulisan anda akan memberi ilmu atau 'cerita' tersendiri kepada pembaca anda. Kena konsisten menulis dan jangan biarkan cerita atau entry blog anda tergantung. Biasanya untuk berjaya, buat permulaan mesti ada 1 entry untuk sehari, paling kurang. Lebih banyak lebih baik.

4. Elakkan Membuat Provokasi
Blog kita memang hak kita. Namun tidak beretika jika kita menggunakan blog kita untuk memaki, mengherdik, membelasah, mengutuk atau memerli orang lain. Kalau anda tidak puas hati sekalipun, cari jalan lain yang terbaik. Jangan cuba provoke situasi atau keadaan hingga boleh mendatangkan kemarahan orang lain.

5. Menulis Dan 'Review' Dengan Sebaiknya
Jika anda mahu menulis tentang ulasan tentang sesuatu produk secara ikhlas hati, anda boleh review produk tersebut mengikut pandangan anda. Baik buruk yang anda tulis tidak ada masalah, cuma jangan terlalu mengutuk jika produk tersebut punya kelemahan. Elakkan guna bahasa kesat.

6. Amalkan Menulis Berdasarkan Fakta
Anda akan disegani jika menulis guna fakta. Jika tidak ada fakta yang anda tahu, adalah lebih baik menggunakan istilah 'Pada Pandangan Saya'. Ini kerana kita tidak mahu memberi pandangan yang salah kepada sesuatu isu.

7. Mula Dari Bawah
Semua blogger bermula dari bawah dan datang dari Event Percuma. Oleh sebab itu, jangan rasa malu untuk terima Event Percuma. Lakukan terbaik supaya ia menjadi portfolio kita yang terbaik. Bila dah ada demand, baru mula minta bayaran yang setimpal.

8. Kenal PR Atau Klien Sebaiknya
Di Malaysia ada banyak PR atau Syarikat yang berminat menggunakan khidmat blogger. Jangan risau jika anda tak kenal PR A, anda mungkin boleh kenal PR B atau PR C. Biasakan diri bergaul dengan rakan-rakan blogger atau PR untuk tambah network anda.

9. Puaskan Hati Klien
Setiap PR atau Syarikat yang mengupah anda melakukan kerja punya dateline masing-masing. Oleh sebab itu, nama blog anda akan menjadi lebih disegani jika anda sentiasa mengikut dateline yang ditetapkan. Lebih awal anda siapkan kerja semestinya lebih baik.

10. Menulis Blog Dengan Cara Professional
Walaupun anda seorang Blogger, tetapi anda boleh jadi seorang yang professional. Antaranya ialah dengan punyai identiti tersendiri, Kemas dan bergaya ketika menghadiri event, Memahami apa yang PR mahukan, Penulisan yang bagus dan banyak lagi.

Ini cuma 10 Cara Untuk Anda menjadi Penulis Blog Terkenal. Ada banyak cara lagi yang anda boleh belajar dari ramai lagi blogger hebat di Malaysia mengikut pengalaman masing-masing. Jika anda mahu jadi Penulis Blog, masih belum terlambat kerana sesiapa sahaja boleh jadi penulis blog.

Peluang untuk menjadi penulis Blog Sepenuh Masa masih terbuka luas. Di Malaysia, pada pengalaman MrJocko hanya ada sekitar 50 orang sahaja blogger sepenuh masa dan mereka memberi khidmat kepada ramai PR atau Syarikat di Malaysia. Boleh Ke Jana Income Dari Blogging Sepenuh Masa? MrJocko akan share kemudian.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468