Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Strawberry Park Cameron Highland Hotel Berpatutan

$
0
0
Percutian MrJocko ke Cameron Highland sejak beberapa tahun lepas, kami hanya berpeluang menginap di Strawberry Park, sebuah resort yang bertaraf 3 bintang di Cameron Highland. Ini adalah resort panel tempat syarikat MrJocko dulu-dulu dan mereka punyai 2 lot apartment untuk kegunaan staff.

Selepas ini nampaknya, MrJocko terpaksa memilih bilik lain yang bukan apartment tersebut kerana bukan lagi bergelar staff syarikat tersebut. Tak apa, di Strawberry Park Cameron Highland masih ada banyak lagi pilihan bilik yang menarik.



Hotel Best di Cameron Highland Strawberry Park



Hotel Best di Cameron Highland Strawberry Park



Di Strawberry Park Cameron Highland, ada beberapa jenis pilihan bilik yang boleh anda pilih bermula dengan bilik Studio Room, Deluxe Room, Family Suit 2 Bedroom dan Family Suite 2 + 2 Bedroom. Untuk setiap bilik yang anda tempah, anda boleh pilih samada mahu disertakan dengan set sarapan pagi atau tidak. Sudah tentu harga bilik akan berbeza sedikit untuk sarapan dan tidak punya sarapan.

Lokasi Strawberry Park Resorts Cameron Highland ini terletak sedikit di atas bukit dan sememangnya punyai pemandangan yang menarik lebih-lebih lagi di waktu pagi. Udara sejuk sememangnya pilihan terbaik kalau anda nak bercuti ke Strawberry Park Cameron Highland ni.

Untuk harga bilik di Straberry Park ini ia bermula dengan harga RM450 sehingga harga RM2,300 bagi penginapan 2 hari 1 malam bergantung kepada jenis bilik yang anda pilih. Kalau nak rasa best, boleh pilih Penthouse dengan harga RM2,300 bagi setiap malam :).



Harga Bilik Strawberry Park

Hotel Best di Cameron Highland Strawberry Park


Memang bercuti di Strawberry Park Cameron Highland memang best kerana suasan sekitar lokasi resort ini memang menyamankan. Anda boleh pilih untuk rilek di dalam bilik dan sekitar resort atau melakukan aktiviti samada bermain squash, tenis, berenang, sauna, joging atau rehatkan diri di spa.

Kalau nak melawat sekitar Cameron Highland, anda boleh dapatkan khidmat Tour Guide dan mohon bantuan staff di kaunter lobi.

Apa yang MrJocko Suka :
1. Lokasi yang sejuk dan nyaman
2. Pemandangan landskap yang cantik
3. Ada banyak fasiliti untuk aktiviti pelanggan hotel

Apa yang MrJocko Tak Suka
1. Rate harga bilik Strawberry Park Cameron Highland yang agak mahal
2. Kadang-kadang terasa macam ada nyamuk
3. Pilihan cadar, dan perabut yang agak old fashion 






Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468