Harga Tiket Running Man Di Malaysia 'Race Start Musim 2'
Berita Baik untuk semua peminat Running Man di Malaysia! Butiran terperinci mengenai harga tiket 'Race Start Musim 2 di Malaysia' telah disahkan oleh pihak penganjur, One HD.
Tiket-tiket untuk 'Race Start Musim 2 di Malaysia' berharga RM729 (VIP), RM499 (CAT 1), RM429 (CAT 2), RM299 (CAT 3) dan RM199 (CAT 4). Tiket boleh didapati untuk dijual di TicketCharge (www.ticketcharge.com) atau di talian 03-9222 8111 mulai 29 Ogos 2014, Jumaat pada pukul 10.00 pagi.
Running Man 'Race Start Season 2 Malaysia and Singapore'
Race Start Season 2 Malaysia Tickets
Peminat Running Man yang akan mendapatkan tiket 'Race Start Musim 2 di Malaysia' dalam mana-mana kategori tiket akan berpeluang untuk naik ke atas pentas dan berinteraksi dengan bintang-bintang Running Man.
Butir-butir mengenai event Running Man 'Race Start Musim 2 di Malaysia' adalah seperti berikut:
Tarikh: 1 November 2014, Sabtu
Tempat: Stadium Negara
Tiket: RM729 (VIP), RM499 (CAT 1), RM429 (CAT 2), RM 299 (CAT 3), RM199 (CAT 4)
Jualan bagi semua tiket Running Man 'Race Start Musim 2 di Malaysia' akan bermula pada 29 Ogos 2014, Jumaat pada pukul 10 pagi melalui www.ticketcharge.com.my / 03-9222 8111.
Untuk mengetahui perkembangan terbaru mengenai Running Man 'Race Start Musim 2 di Malaysia' harap sabar menunggu untuk One HD di Saluran Astro 393 atau layari laman web ONE HD (www.onetvasia.com). Ikuti juga One HD Facebook Fanpage (www.facebook.com/ONETVASIA) dan akaun Twitter One HD di www.twitter.com/ONETVASIA.