Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Pemenang Uji Bakat Siri TV Aksi Cinta Seludup

$
0
0
Mungkin ada yang masih ingat dengan Sidang Media Siri Aksi TV Seludup yang diadakan pada bulan Jun 2014 lepas. Seludup ialah salah satu Siri TV Aksi Cinta yang membawa anda masuk ke dalam dunia gelap aktiviti Seludup. Ia bakal di tayangkan di Saluran Astro Prima dan Astro Maya HD.

Dalam menyiapkan drama tersebut, pihak produksi telah mengadakan Uji Bakat Seludup #masukdramaseludup di laman Uji Bakat Rasmi Seludup secara OnlinePencarian bakat baru drama ‘Seludup’ telah pun berakhir dengan pengumuman dua pemenang peraduan #masukdramaseludup yang dibuat pada 16 Ogos 2014. 


Pemenang Uji Bakat Siri TV Aksi Cinta Seludup Jehan Miskin

Pemenang Uji Bakat Siri TV Aksi Cinta Seludup Jehan Miskin


Pemenang Uji Bakat Siri TV Aksi Cinta Seludup ialah Mohd Andika bin Abdul Halim (25 tahun) dari Johor dan Nur Afieqah binti Zulkarnain (20 tahun) dari Kuala Lumpur  berjaya menambat hari Juri Uji Bakat Online tersebut dan akan berpeluang berganding dengan nama-nama besar industri hiburan negara seperti Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Namron, Syafie Naswip dan Raja Ilya. Turut membintangi drama bersiri 13 episod ini adalah Jehan Miskin, yang juga bertindak sebagai penerbit eksekutif dan pengarah. 

Dilancarkan oleh Astro Malaysia dan Mastermind Group Sdn. Bhd., drama sarat aksi dan cinta ini berkisar tentang kegiatan perdagangan barangan haram seperti rokok seludup, dadah dan pemerdagangan manusia yang menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat Malaysia. 

Dua pemenang Uji Bakat Siri TV Aksi Cinta Seludup yang dipilih ini adalah yang terbaik di antara mereka”. “Berdasarkan karekter mereka, saya telah menulis dua watak sampingan di dalam ‘Seludup’ yang bakal dilakonkan oleh dua bakat baru ini. Tujuan kami bukan sahaja untuk mencipta kelainan dan memberikan lebih impak kepada ‘Seludup’, tetapi juga untuk memeriahkan lagi suasana industri hiburan tanahair” ulas Jehan lagi.

Mohd Andika yang merupakan seorang pekerja restoran berkata “Saya amat berterima kasih kepada para juri yang telah memilih saya dan saya percaya saingan adalah sangat sengit. Peluang ini akan saya gunakan sepenuhnya untuk mencapai impian saya menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya”. 

Perasaan gembiranya turut dikongsi Nur Afieqah, seorang pelajar yang menyifatkan peraduan ini sebagai usaha yang sangat unik untuk mendedahkan bakat baru dengan realiti sebenar kerjaya lakonan. Selain peluang keemasan untuk berlakon di dalam drama ‘Seludup’, pemenang-pemenang juga akan menerima hadiah bernilai sehingga RM15,000. 

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Seludup’ dan peraduan #masukdramaseludup termasuk terma dan syarat, sila layari laman FB Seludup di www.facebook.com/seludup.

Mengenai Mastermind Group Sdn Bhd. 
Mastermind Group Sdn Bhd adalah pusat sehenti untuk penerbitan kandungan berkualiti tinggi bagi penonton tempatan dan antarabangsa. Portfolio perkhidmatannya merangkumi pengkonsepan kreatif ke penghasilan kandungan, produksi dan pasca-produksi untuk pelbagai klien bebas. Sejak 2009, 

Mastermind Group telah mencipta kandungan layar untuk barisan klien yang mengagumkan termasuklah Heinz, McDonalds, Kidzania, Canon, Tabung Haji, Berjaya Corporation, Korea Tourism Organization, 8TV, Asian Food Channel, Astro Malaysia, CNBC, AXN. Syarikat ini diketuai oleh seorang ikon serba boleh industri televisyen, Jehan Miskin. Untuk maklumat lanjut mengenai Mastermind Group, layari www.mastermindgroup.com.my

Bagi pihak Mastermind Group Sdn Bhd , untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Nizam Khamis | Senior Consultant | Geometry Global
Contact : +6019-388 7147  
Email : mohd.nizam@geometry.com          

Amy Lisa | PR Associate | Geometry Global
Contact : +6019-289 5125
Email : amy.lisa@geometry.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468