Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Keropok Lekor Terkenal Kampung Tok Beng Keropok Lekor BTB 2209

$
0
0
Masa trip pendek kami ke Gong Badak, Kuala Terengganu, MrJocko dan famili sempat singgah di kedai Keropok Lekor BTB 2209 yang terkenal di Gong Badak. Kedai Keropok Lekor BTB 2209 ini terletak di Kampung Tok Beng dan di sini memang banyak lokasi kedai yang menjual kerepok lekor atau keropok losong.

Di kenali sebagai kedai Keropok Lekor yang terkenal, kedai Keropok Lekor BTB 2209 ini terletak di tepi jalan dan senang untuk di cari jika anda berada di sekitar Gong Badak. Kalau guna Waze, GPS atau Google Maps, cari sahaja lokasi Keropok Lekor BTB 2209 Kampung Tok Beng.






Kalau anda tak pernah melihat cara-cara membuat keropok lekor, kat sini anda boleh jenguk dapur dan kawasan memasak keropok lekor yang berada disebelah kedai. Di bahagian dapur boleh di lihat pekerja yang sedang mengadun adunan keropok, di buat losong dan kemudian direbus di dalam air mendidih untuk memasak keropok losong tersebut.

Bagi yang tidak pernah melihat aktiviti memasak keropok lekor atau losong, ini peluang terbaik untuk anda dan keluarga anda. My kids, Khalish dan Hasya memang teruja melihat cara memasak keropok lekor sebab ini kali pertama mereka melihatnya.







Untuk satu bungkus keropok lekor yang telah digoreng ini, mempunyai sekitar 24 pcs, hanya RM5.00 sahaja. Anda mesti cuba keropok lekor di sini kerana ia memang sedap dan punyai rasa ikan yang banyak, tidak seperti keropok lekor lain yang biasanya banyak adunan tepung berbanding rasa ikan.







Ini merupakan gambaran aktiviti jualan di kedai Keropok Lekor BTB 2209 di Kampung Tok Beng yang agak ramai pelanggannya. Nasib baik kami singgah sekitar jam 3.00 petang dan masih tak ramai orang. Kata rakan MrJocko, kalau kebiasaannya, anda terpaksa mengambil no giliran dan menunggu untuk membeli keropok lekor anda kerana pelanggan yang ramai.

Hampir setiap pelanggan akan membeli dan membawa pulang sekurang-kurangnya satu beg plastik besar (RM10). Tak kurang juga yang bawa pulang lebih dari 5 beg plastik (RM50)

MrJocko secara peribadi memang berpuas hati dengan kualiti keropok lekor di Keropok Lekor BTB 2209 ini kerana ia memang sedap. 








Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468