Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Hutang Wajib Di Bayar Walau Tidak Di Tuntut

$
0
0

Hutang Wajib Di Bayar

 

Kalau kita orang Islam, mesti selalu dengar dengan satu peringatan Hutang Wajib Di Bayar Walau Tidak Di Tuntut. Ia menunjukkan betapa pentingnya hubungan Hablu Minan Nas (Hubungan Sesama Manusia) supaya tidak ada bermasam muka dikemudian hari.

Maklum la, kalau dah melibatkan soal duit, keluarga dan adik beradik pun boleh berbalah, apatah lagi dengan kawan-kawan dan orang yang kita tidak kenal.

Oleh itu, kalau kita pernah berhutang, selesaikan secepat mungkin. Jika kita perlukan duit, orang yang memberi kita pinjam itu pun juga memerlukan duit.

Tips Mudah Elak Berhutang

1. Sediakan simpanan untuk masa kecemasan.

2. Hidup sederhana dan setanding dengan pendapatan kita

3. Tak mampu, jangan ikut-ikut perbelanjaan orang lain

4. Jangan membazir

5. Jika betul terdesak, buat pinjaman perlu sahaja seperti Pinjaman Rumah, Kereta dan Pelajaran

6. Jangan menyusahkan orang lain.

Kalau anda antara tips ini kita amal, InsyaAllah, kita akan kurang berhutang dan mengelak diri dari dibebani hutang.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468