Hari Selasa lepas MrJocko menerima jemputan satu Fitness Centre yang terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur untuk datang ke Sesi Pengenalan tentang Fitness Centre mereka. Kali ini MrJocko mula-mula ditawarkan Sebulan FREE Akses ke Fitness Centre tersebut sebagai satu tempoh percubaan.
Sebelum dapat sertai sesi percuma bersama dengan seorang Trainer terlatih, MrJocko dibawa untuk mengira Body Mass Index sebagai rujukan untuk memudahkan trainer dan MrJocko sendiri membuat planning untuk latihan stamina yang akan datang.
Selepas pengiraan Body Mass Index badan MrJocko, rupanya ada banyak lemak yang terkumpul di perut dan juga anggota badan lain. Setakat hari ini ada lebih 21kg lemak lebihan yang terkumpul di badan MrJocko dan ia memang perlu dibakar dengan segera.
Ini bermakna, dengan berat 75.7kg, MrJocko membawa lemak lebihan sebanyak 21kg dan ia memang sesuatu yang tidak bagus. Rupanya dengan ketinggian MrJocko, 165.5cm, berat badan sebenar MrJocko hanya 54.7kg sahaja.
Body Mass Index
Untuk anda yang tengah plan untuk membuat senaman dan exercise, adalah di sarankan supaya periksa dulu Body Mass Index anda untuk tujuan rujukan dan perancangan senaman yang betul.