Hari Ahad, MrJocko berkesempatan untuk singgah di MITM Travel Fair Kuala Lumpur 2014 yand diadakan di Mid Valley Exhibition Centre bermula 8-10 Ogos 2014.
MITM Travel Fair tidak la sebesar MATTA Fair tetapi di sini masih banyak syarikat operator pelancongan menawarkan pakej harga melancong dan juga tiket penerbangan yang murah dan berpatutan. Di MITM Travel Fair ini juga ada booth dari Tourism luar negara seperti Tourism Authority of Thailand, Taiwan Tourism, Philippines Tourism dan juga Indonesia Tourism.
Untuk MITM Travel Fair Kuala Lumpur 2014, masuk adalah percuma. Nampaknya di MITM Travel Fair ini ada disediakan ruang pentas untuk kanak-kanak dan juga permainan.
MITM Travel Fair ini boleh dijadikan sebagai salah satu option bagi anda untuk memilih pakej percutian yang memenuhi citarasa anda samada lokasi yang dipilih atau harga pakej.