Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Harga Semasa Emas Jatuh Lagi, Jom Beli Emas Murah

$
0
0
Dalam beberapa bulan lepas, harga emas jatuh mendadak. Bayangkan dari harga sekitar RM195 satu gram pada bulan Oktober 2012, kini harga semasa emas jatuh mendadak sehingga RM140 satu gram di sekitar Kuala Lumpur. Bayangkan dalam masa tak sampai setahun, harga semasa emas jatuh sehingga RM50 untuk satu gram.

Sesetengah tempat seperti di kedai emas di Kuala Pilah, terkenal dengan harga yang murah berbanding Kuala Lumpur. Kalau anda nak tahu, harga jualan barang kemas di sekitar pekan Kuala Pilah biasanya murah RM20 bagi setiap satu gram. Dengar kata harga di sana dalam minggu lepas sekitar RM120 untuk satu gram, murah kan???



Kalau harga emas jatuh dan murah, apa yang perlu kita buat? Erm... soalan yang senang tetapi jawapan mengikut keadaan. Kalau anda ada banyak barang kemas, anda terpaksa la simpan dan pakai seperti biasa. Kalau ada wang lebih, beli la barang kemas seperti cincin, anting-anting dan bagi yang mampu beli gelang tangan atau rantai leher. 

Bayangkan kalau anda beli sekarang RM120 satu gram untuk rantai leher dengan berat 50 gram, maka anda akan bayar sekitar RM6,000 sahaja. mungkin untuk barang kemas tersebut anda terpaksa membayar sekitar RM500 untuk kos upah. Jadi, jumlah yang perlu dibayar sekitar RM6,500 sahaja. Andai satu hari, harga emas naik sehingga RM200 satu gram, nilai gelang emas anda akan menjadi RM10,000. Anda akan untung bersih sekitar RM4,500. 




Banyak pilihan kedai-kedai emas yang anda boleh pilih samada untuk memilih membeli barang kemas anda di Habib Jewel, Poh Kong, Emas Sri Pinang, Tomei dan kedai-kedai emas biasa. Ada yang bertanya, kenapa tidak beli Kepingan Jongkong Emas atau Gold Bar? Bukankah membeli kepingan Jongkong Emas atau Gold Bar lagi untung kerana tiada Kos Upah???

Nanti MrJocko kongsi mengikut pendapat MrJocko, kenapa lebih bagus beli barang kemas berbanding kepingan Jongkong Emas 5 gram, 10 gram, 50 gram atau 100 gram.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468