Sempena dengan FAM Trip Bangkok - Chiang Mai yang akan MrJocko sertai bulan September, jom kita lihat beberapa lokasi menarik yang akan MrJocko lawati di sana. Ada beberapa lokasi di Bangkok dan Chiang Mai sudah berada dalam list lawatan kami sepanjang trip selama 4 hari 3 malam ini.
Minggu lepas MrJocko dah ceritakan sikit tentang Shopping Mall terbesar di Bangkok. Kali ni MrJocko nak share tentang salah satu penginapan yang menarik di Chiang Mai yang akan menjadi tempat inapan kami selama 3 hari 2 malam. Hotel tersebut ialah Veranda Highland Resort.
Veranda Highland Resort ini terletak di kawasan tanah tinggi di Chiang Mai. Lokasi resort ini memang mendapat banyak pujian dari pelancong seluruh dunia. Di TripAdvisor sahaja, Veranda Highland Resort ini mendapat undian 4.5 dari 5 Bintang yag diberikan, sesuatu feedback yang menarik.
Tak sabar MrJocko nak rasa pengalaman di Veranda Highland Resort, Chiang Mai, Thailand.