Kalau anda menetap di sekitar Kuala Lumpur dan selalu ronda Kuala Lumpur untuk mencari menu makan yang sedap, anda mesti pernah dengar nama Sup Jalan Doraisamy. Nama gerainya, Sup Haji Abu Jalan Doraisamy.
Lokasi mudah untuk anda cari ialah bangunan lama Kompleks Wilayah atau di belakang Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur. Anda akan jumpa Jalan Doraisamy dan gerai Sup Haji Abu berada di tepi jalan tersebut.
Gerai Sup Jalan Doraisamy ni memang dah lama dan memang punya sejarah tersendiri. MrJocko sendiri mula kenal gerai Sup Jalan Doraisamy ni sejak tahun 2000 lagi, masa mula-mula kerja di Bank Negara.
Minggu ni, selepas beberapa tahun tak singgah, MrJocko dan keluarga kembali untuk makan petang di Sup Haji Abu Jalan Doraisamy ini. Menu kami order kali ni ialah Sup Campur RM10.00 dan Sup Kambing RM9.00 kalau tak silap. Nasi Lemak Bungkus kat sini dijual dengan harga RM1.50.
Memang rasa sup campur, sup kambing dan bermacam sup kat sini memang sedap. Siapa pernah cuba mesti tahu kehebatan rasa sup Jalan Doraisamy ni.
Kalau anda singgah di waktu petang pada hari kerja, tempat ni memang selalu full. Parking pun susah. Tapi kalau hari Sabtu dan Ahad, gerai Sup Haji Abu Jalan Doraisamy ini memang sesuai untuk santai pekena Teh Tarik dan Sup Panas.
Kedai ini dibuka waktu petang sekitar jam 4.00 petang sehingga jam 3.00 - 5.00 pagi. Jangan risau, biasanya kedai ini dibuka setiap hari dan lokasi lepak favourite penduduk KL di waktu tengah malam untuk makan pelbagai jenis sup.