Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Menu Sihat : Nugget Kurang Kolestrol Dengan Philips Airfryer

$
0
0
Hari ni, kami sekeluarga dah sampai di KL. Sempat beraya di Johor selama 2 hari dan di Melaka sehari. Hari ni, bercadang nak beraya di KL pulak. Masih belum puas beraya dengan kuih muih raya. Pun begitu, bila makan kuih muih raya, kena pilih jugak, jangan makan makanan yang terlalu banyak kolestrol, nanti kemudian hari boleh sakit.

Pagi ni, MrJocko masak Nugget untuk anak-anak. Sebab dah lama tak sarapan kat rumah, kali ni MrJocko masak sendiri. Menu kali ini simple sahaja, masak Nugget. Cuma yang istimewa, MrJocko masak guna Philips Airfryer. Alhamdulillah, Philips Airfryer ini MrJocko menang semasa join Philips Ultimate Cook-Off di AEON Big Subang Jaya bulan Jun 2014 yang lepas.



cooking using Philips Airfryer



Sebelum ini, kalau goreng nugget, MrJocko akan gunakan banyak minyak untuk menggoreng. Bayangkan betapa banyaknya kolestrol yang terkandung dalam makanan tersebut. Kali ini, tidak lagi. Dengan Philips Airfryer, cuma letakkan nugget dalam ruang memasak Philips Airfyer, panaskan dalam suhu 180 darjah dan biarkan masa selama 15 - 18 minit, terpulang kepada anda samada mahu garing atau tidak.



cooking using Philips Airfryer



Lihat cara MrJocko masak, tak perlu sedikit pun minyak. Anda boleh jimat banyak sebab tak perlu guna minyak. Jangan risau, walau tak guna minyak, nugget ini akan masak dan ia punyai rasa yang jauh lagi sedap jika digoreng dengan minyak.

Lagipun, anda cuma perlu tetapkan suhu dan masa, jenis masakan apa yang anda sedang masak, tak kira la masak nugget, ayam goreng, gulai, bahkan boleh masak Bread Pudding, dan kemudian tinggalkan sahaja untuk buat kerja lain. Anda boleh jimat masa dan tenaga.



cooking using Philips Airfryer

cooking using Philips Airfryer

cooking using Philips Airfryer



Tengok hasilnya, nugget MrJocko kekuningan dan garing selepas digoreng selama 15 minit. (Asalnya nak goreng selama 18 minit, tetapi kurangkan 3 minit sebab tak nak terlalu garing). 

Sudah tentu rasanya sedap. Anda takkan rasa minyak, tak perlu risau tangan anda berminyak bila makan nugget. Anda sudah kurangkan banyak kolestrol dalam makanan Nugget anda. Itu lah yang MrJocko harapkan, supaya dapat sediakan makanan sihat dan mudah kepada anak-anak.

Anda mesti cuba masak dan guna Philips Airfryer. Berbaloi sebab dengan Philips Airfryer, bermacam-macam menu masakan anda boleh cuba. Maklumat lanjut boleh tengok di laman web Philips Airfryer di Philips Home Living Malaysia


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468