Hari Raya Aidilfitri 2014 turn MrJocko beraya di Johor Bahru, raya di sebelah wife. Memandangkan kat JB ni kami hanya ada 2 famili sahaja, maka raya di JB biasanya raya yang sederhana sahaja.
Yang meriah bagi MrJocko, bila dapat ambil masa jumpa kawan-kawan dari Kuala Lumpur yang sama-sama pulang beraya di JB.
Alhamdulillah, tahun ni sempat jumpa Member UiTM Hafizi, Mohsin, Husin dan juga Saiful di Restoran Mamak Aliff Bandar Baru Uda. Sempat la ngeteh lama dengan diorang sambil bertukar-tukar cerita. Sedar tak sedar dah jam 3.00 pagi.
Wife dan anak-anak biasala, orang perempuan. Sempat la tukar baju raya sampai 2 pasang.
Hari ni, raya ketiga, dah nak kena balik Melaka dulu singgah satu lagi rumah. Lepas tu, baru la balik beraya di KL. Doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik, Amiinnnn...