Bandung sememangnya banyak lokasi membeli belah yang menarik dan kebanyakkannya menggunakan konsep Factory Outlet. Antara tempat yang kami singgah ialah di The Secret Factory Outlet Bandung. Seingat MrJocko, ia terletak di sepanjang Jalan Riau Bandung, lokasi yang peling banyak kedai Factory Outlet di Bandung.
Di The Secret Factory Outlet ini memang punya deko bangunan yang agak unik. Dari luar nampak factory outlet ini agak mewah, tetapi barang yang dijual di dalam agak murah berbanding shopping mall biasa. Kat sini memang ada banyak jualan baju, seluar, pakaian wanita, pakaian kanak-kanak dan juga toys. Ia mempunyai satu tingkat dibahagia depan dan di belakangnya mempunyai taman kecil yang memang cantik.
The Secret Factory Outlet Bandung ini tidak la besar tetapi ia memang di atur dengan cantik dengan kawasan membeli belah, taman dan juga tempat santai di dalamnya.
Jangan lupa kalau ke Jalan Riau, boleh singgah di The Secret Factory Outlet Bandung.