Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Pemandangan Biasa Di Ho Chi Minh Vietnam

$
0
0
Vietnam sebuah negara yang semakin membangun selepas Perang Dunia Kedua dimana menyaksikan rakyat Vietnam diserang dan cuba dijajah oleh Amerika, Jepun dan juga Perancis. Hingga sekarang, kalau anda melancong ke Vietnam, anda masih boleh melihat tinggalan sejarah akibat Perang Dunia Kedua yang masih ada di Vietnam.

Vietnam sebuah negara yang kuat sebenarnya kerana walau di serang dan cuba di jajah oleh Amerika Syarikat, Jepun dan Perancis, mereka tidak pernah kalah walaupun mereka tidak sehebat penjajah dari segi senjata dan bala tentera.






Di bandar besar seperti Ho Chi Minh, ramai yang datang ke sini untuk mencari rezeki. Semangat perjuangan penduduk di Vietnam memang hebat. Walaupun dari bentuk saiz dan fizikal mereka agak kecil berbanding rakyat asia lain tetapi mereka satu bangsa yang sangat rajin bekerja.

Penduduk di Ho Chi Minh memang jenis yang rajin bekerja. Jarang MrJocko lihat kelibat Pengemis di sini dan masing-masing buat kerja apa sahaja janji ia boleh mendatangkan duit. Lihat sahaja pekerja yang menghantar basikal, bengkel motorsikal, penjaja makanan, penjual pokok-pokok hiasan,  penjual pakaian,  penjuah buah-buahan dan juga pengayuh beca ini, masing-masing bekerja demi sesuap nasi.







Oleh kerana di bandar besar seperti Ho Chi Minh merupakan tumpuan pelancong, rakyat Vietnam mengambil kesempatan untuk mencari rezeki dengan pelbagai cara yang melibatkan pelancongan. Ramai antara mereka menjadi penjaja kaki lima atau jalanan menjual barangan cenderahati dan aksesori kecil-kecilan.

Apa pun yang anda lakukan di Vietnam, kalau boleh JANGAN NAIK BECA DI HO CHI MINH kerana anda mungkin akan di TIPU oleh mereka. Nak kemana-mana, naik la Teksi VINASUN.

Kalau beli ke Ho Chi Minh, ada rezeki nanti, ambil kesempatan bercuti ke sana. Banyak lokasi yang best di Ho Chi Minh yang akan membuatkan anda enjoy trip anda ke Vietnam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468